2 tahun bah indak update. Alah bukan ada juga orang cek tu kan. Dulu2
masa buka blog ni bersemangat mo tulis post2 menolong orang prepare
wedding. Skarang macam.. hilang sudah idea... maklumlah sudah 5 tahun
berkahwin. Time flies, indak rasa pun macam 5 years.
Anyway,
hari ni mo share about perkahwinan campur. Ada banyak juga cabaran
berkahwin campur ni, tapi Alhamdulillah mungkin kerana corak pemikiran
saya dan suami sama - kami punya minat, prinsip hidup dan habits yang
lebih kurang.. jadi kami mampu mengatasi 'culture shock' perkahwinan
campur.
Dari pemerhatian saya, kebiasaannya bila kahwin
campur ni, salah seorang pasangan akan tinggal di negara kelahiran
pasangan yang satu lagi. Contohnya, kalau Azila orang Malaysia kahwin
dengan Jasin orang Iraq, mereka akan memilih samada tinggal di Malaysia
atau di Iraq. Jadi kesannya ialah salah satu pasangan itu akan
menyesuaikan diri dengan cara hidup yang salah satunya. Jadi kalau Jasin
memilih untuk tinggal di Malaysia bersama isterinya Azila, maka Jasin
akan secara semulajadi menyesuaikan diri dengan carahidup di Malaysia.
Barangkali ada la sikit2 adat2 dari Iraq itu akan masih dibawa-bawa,
tapi pada pendapat saya dia tetap menyerap budaya Malaysia lebih kurang. Saya dan suami lain sikit sebab kami tidak tinggal di Malaysia atau UK, jadi kami masing-masing menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan juga dengan budaya pasangan.
Dulu, ramai juga saudara mara terkejut sebab saya kahwin
orang putih. Hm, entahlah, sebab saya rasa memang saya ramai berkawan
dengan orang dari pelbagai negara, bertahun2 sebelum saya jumpa suami
saya. Sebetulnya saya lebih suka orang Malaysia tapi selalu ada saja
yang tidak serasi. Orang selalunya merasakan saya ini pendiam, tapi
sebenarnya saya agak 'opinionated' dan bukanlah perempuan Melayu
terakhir yang akan menurut perintah suami atau mengikut pendapat orang
ramai. Jadi bila berkapel dengan Malay guys saya boleh rasakan sifat ini yang menyebabkan mereka teragak-agak untuk menjadikan saya suri hidup mereka. Bagus juga sebab memang saya tidak mahu berubah dan dulu mak saya macam fed-up dengan saya dan suruh saya jadi lebih 'ayu' atau 'less opinionated'. Sedih tau. Tapi akhirnya saya jumpa someone yang menghargai sifat ini.
Saya ingat kawan lelaki
saya pernah bertanya, "Lelaki apa yang kau nak sebenarnya ni?" Jadi
saya pun describe la lelaki idaman saya... lama juga kawan saya terdiam.
"Kau suka yang intellectual eh", katanya. Saya pula terdiam.
Intellectual? Apaitu? Bila saya berjumpa dengan suami saya ini, banyak
topic yang kami bualkan tentang culture, buku, movies dan macam2 lagi.
Saya rasa macam idea-idea dalam otak saya ini yang lama saya pendam ada
ruang untuk diluahkan. Dan bukan saja diluahkan, tapi diluaskan,
dikayakan dengan pendapat-pendapat dia pula.
Dia jugasuka bila saya ada opinion saya sendiri dan berani melawan dia atau
mempertahankan hak saya. Tidak begitu mudah tertunduk mengikut telunjuk
dia. Saya betul2 bersyukur jumpa orang macam ini sebab saya rasa saya
memang tidak boleh dengan orang yang expect saya jadi Gadis Melayu
Terakhir.
OK, cukuplah dengan sejarah kami ni. Saya mau kupaskan cabaran-cabaran dalam kahwin campur ni.
Adat dan budaya
Yang
ini tidak begitu menjadi cabaran bagi kami sebab saya memang sudah
perhatikan kalau dia boleh menyesuaikan diri dengan hidup Malaysians.
Dan nyata memang boleh. Cuma bahasa Melayu saja dia tidak belajar. Tapi
saya kadang-kadang perhatikan ada juga para suami yang betul-betul mahu
ikut cara hidup asal dia, dan tidak boleh terima cara hidup isteri dia.
Contohlah, ada yang geli bila tengok isteri makan pakai tangan. Atau
masakan tertentu busuk katanya. Ataupun ada juga yang di negara asalnya,
si isteri kena betul-betul ikut setiap arahan suami dan keluarga suami. Pengsannnn.
Hubungan kekeluargaan
Ini
pun ramai yang punya persepsi bahawa orang Asia/Malaysia saja yang
rapat dengan keluarga. Sebenarnya tidak betul. Di sebelah suami saya,
saya perhatikan mereka agak rapat dengan ahli keluarga. Dan bila
bertutur sangat menjaga perasaan ahli keluarga masing-masing. Tiada lah
pertanyaan secara membuli macam "Kau bila nak kawin?" atau soalan
bertubi-tubi "Bila nak ada anak? Janganlah tunggu lagi, kamu tu makin
tua."
Saya tengok ada juga keluarga lain di antara
kawan-kawan saya yang family dia sangat kasar dan bergaduh saja
kerjanya. Dan ada juga saya tengok orang Asia ini dibuli oleh keluarga
pasangannya sebab mereka ingat orang Asia ini bodoh dan hanya mau kawin
sebab mau tinggal di negara mereka atau mau duit. Jadi berhati-hatilah.
Cara hidup
Ini
pun berkaitan dengan adat dan budaya. Semestinya banyak benda yang kita
rasa normal, adalah tidak normal bagi pasangan berlainan budaya. Benda
kecik seperti saya suka duduk di lantai dan baring-baring di lantai
adalah tidak normal bagi suami saya (tapi dia indak kisahla). Benda
besar lagi lah, soal duit, soal tanggungjawab suami isteri....semuanya
harus dibincang (dan kadang-kadang digaduh), kita kena clear apa
expectations kita dan juga berminda terbuka untuk mencari penyelesaian
logical dan buang expectations yang tidak logic sebab terbiasa dengan
budaya kita.
Hobi dia pun kita kena tengok, contohnya yang suka spend duit ke kereta, adakah dia berbelanja ikut kemampuan dan kita boleh terima ka hobi dia? kalau kita tidak berapa minat dengan hobi dia kemungkinan kita akan boring dan terpisah dengan dia sebab dia keluar dengan geng-geng hobinya, dan kita pun malas mau dengar dia bercerita macam2 pasal hobi dia.
Prinsip hidup
Ini
pun sangat berkait dengan cara hidup dan adat dan budaya. Tapi bagi
saya, yang ini mungkin boleh diaplikasi kepada semua perkahwinan. Kena
tengok apa matlamat hidupnya, apa kegemaran dia, cara pengurusan duit,
cara pengurusan harta.
Apa-apa pun, samada kawin campur atau kawin satu bangsa, saya rasa 4
faktor di atas sangat penting untuk kita selidiki sebelum berkahwin.
Bagi saya, yang paling penting adalah keserasian dari segi prinsip hidup
dan kalau bagi wanita pula, tolooooonglah pilih suami yang tidak
terlalu ego, yang selalu mendahulukan kamu terutama dari segi pelajaran
dan self-improvement. Jenis yang selalu bagi kata semangat dan tidak
merasa egonya tercabar kalau kamu lebih pandai dan lebih maju dalam
pekerjaan. Dan paling penting tidak memukul atau ambil duit kamu.
Dari segi keluarga pun, sensitif lah terhadap peranan kamu dalam
keluarga dia, kalau rasa keluarga tu tidak berapa suka kamu, atau tidak
begitu sesuai, lebih elok undurkan diri. Lagi-lagi kalau mak mertua yang
tidak suka, boleh jadi neraka hidup kamu. Dan siapalah yang mahu
pisahkan suami dari maknya, kan? Jadi sebelum banyak masalah, lebih baik
undurkan diri. Begitu juga dengan cara dia bawa diri dengan keluarga
kamu, adakah keluarga kamu ini boleh menerima dia seadanya.
Akhir sekali, janganlah terburu-buru untuk kahwin. Saya memang tunggu
calon yang sesuai bagi saya walaupun kena pressure macam gila oleh semua
orang untuk kahwin. Saya lebih rela single seumur hidup daripada
terperangkap dengan pasangan yang tidak sesuai. Sampai sekarang saya
trauma dengan mereka-mereka yang mempressure tu, macam saya tidak boleh
hilangkan perasaan sakit hati saya. But I know what is best for myself
and I'm glad I stuck to my guns. Lagipun orang yang saya mahu tidak mau
kawin dengan saya, dorang macam mau saya terima siapa-siapa saja. That's
so weird and toxic!!
Perkahwinan ini terutama bagi seorang perempuan mencorakkan hidupnya
sampai bertahun-tahun akan datang, ke anak cucunya. Kalau salah pilih..
aduh. Just no.
Jadi, pilih dan fikirlah dengan tenang ya. Dan doa banyak-banyak semuanya akan OK. Insya Allah.
Hai.
ReplyDeleteAi, best pulak ni sis. Update lah lagi, but no pressure. I follow sis ya,mntau sis update di kemudian hari.