Tuesday, February 18, 2014

Memilih tempat kahwin di Kota Kinabalu - Part 2

Bersambung dari post aku sebelum ni di sini.

Jadi sudah disurvey di KK, ini review aku tentang beberapa lokasi.

Hyatt
Source: expedia.com

Hyatt
Pros

  • Orang bilang makanan sedap. Harga pun sangat reasonable kalau mau dibanding dengan status dia.
  • ProsServis dan layanan memang best!
  • Lokasi di tengah bandar KK, dan ada tempat parking sebab di hotel.
Cons
  • Banquet hall tu siling rendah dan dicover oleh hiasan siling berkain-kain yang lagi kasi nampak rendah tu siling. Rasa macam a bit suffocated.
  • Lokasi Banquet Hall di basement. Macam.. entah. Teringat sitcom IT Crowd - cerita pasal IT geeks yang kerja di basement yang sungguh depressing. Haha.
  • Karpet dan dinding pun macam dari zaman 80-an. Very dowdy (macam banyak sangat coraknya), nanti tenggelam pun aku sebagai pengantin. Sudahla pindik.
  • Tiada platform utk bersanding.


Promenade
Pros
  • Lokasi sesuai, hall pun nampak ok dan besar. 
  • Pakej best, tempat parking cukup.
Cons
  • Mahal (rasanya pakej paling murah RM68++/pax - 2013)
Tabung Haji KK
Source: http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/KompleksSabah.htm

Tabung Haji
Pros
  • Siling tinggi. Dewan dia macam terbahagi dua - separuh tu siling tinggi dan separuh lagi tu ada siling rendah. Tapi ok lah. Dan ada natural light.
  • Cukup parking.
  • Lokasi diketahui oleh penduduk KK tapi mungkin kalau kawan-kawan dari KL tu susah sikitlah. Tapi ada Waze, GPS dsb bah.
  • Guest  boleh tinggal di sini dgn harga yang sangat berpatutan.
Cons
  • Kena pakai caterer yang mereka lantik. Dengar-dengar agak mahal dan tidakla sedap sangat.
  • Masa aku lawat tu ada bau x best tapi aku anggap tu sementara saja.
  • Reception staff yang mesra tapi staff di bahagian sales tidak pandai respond. Actually aku mau booking sudah di sini tapi berkali-kali aku call dan email, skali jak dia return call dan itupun tidak dapat booking.
  • Mari aku mau sambung ni bebelan aku - pada Sept 2014 semua hotel yang aku tanya dorang bilang banyak booking utk 2014 (wedding aku March 2014) tapi di TH dorang bilang langsung tiada lagi booking bagi tahun 2014. Jadi aku boleh paham kenapa kalau staffnya begini. Sebenarnya aku sudah email dari June 2013 lagi tapi tiada jawapan. Bila aku pulang raya, aku terus pegi survey dan booking tapi SUSAH SANGAT. Jadi, disebabkan aku kesuntukan masa, mau pulang sudah ke Vietnam, aku terus booking tempat lain.
Ming Garden
Source: expedia.com
Note: I don't remember the carpet like that. There was a nice feel to the place!
Ming Garden
Pros
  • Cukup parking.
  • Banquet hall yang best - siling SANGAT tinggi dan deco quite light and modern. Jadi indaklah kau tenggelam di situ sebagai pengantin tiada yang mau tengok.
  • Lokasi di tengah KK tapi tidak semua orang tahu tempat ni.
  • Natural light dan ada view yang nice.
Cons
  • Pakej menarik, tak silap RM55nett/pax - 2013 tapi masih di luar bajet kami.
Source: habibasuites.blogspot.com

Habiba Suites
Pros
  • Tempat yang menarik di atas bukit. Ada pemandangan hijau dan juga ocean view. Rasa best jak di sini.
  • Majlis diadakan di luar, jadi ada feeling-feeling garden wedding la kunu.
  • Caterer disediakan. Harga ok, paling murah RM30/pax - 2013 dan disediakan kanopi untuk 10 table tak silap. bagus kamu check sama management.
  • Ruang parking disediakan - tidak besar tapi ok lah.
Cons
  • Kalau bersanding siang, panaslah kamu.
  • Ruang VIP di dalam bilik mesyuarat, jadi terpisah dari tetamu-tetamu lain.
  • Tiada ruang sesuai kalau hujan.
  • Apartment itu sendiri nampak tidak 100%, macam view dan lokasi tu memang best sangat tapi bila tengok bangunan tu macam ada something yang kureng. Tidak dapat mau cakap apa yang kurangnya tu.
  • Harga apartment masih agak mahal kalau guest mo stay, dalam RM280 tak silap.
  • Lokasi jauh dari tengah bandar dan tidak semua orang tahu tempat ni.
Note: Tempat ni pun aku suka tapi Encik Fiance tidak suka.

Wisma Wanita
Pros
  • Tempat parking luas.
  • Bangunan jauh sikit dari tengah bandar tapi kalau tau jalan tu dari jauh lagi sudah nampak Signage bangunan tu.
  • Hall luas dan muat 350 orang. (walaupun kami mau 500 tapi boleh la tu).
  • Siling tinggi dan perhiasan simple, modern and very light. Aku suka.
  • Natural lighting.
  • Senang berurusan dengan staff.
  • Harga sewa RM2000, Aku sebenarnya indak pasti bajet aku berapa (indakla terlalu tinggi) tapi yang penting berpatutan dengan kualiti lah. Jadi aku tengok harga yang ditawarkan memang sesuai dan aku puas hati.
Cons
  • Lokasi jauh skit dan tiada hotel  berdekatan especially utk guests aku yang bukan dari Sabah.
  • Proses bayaran tu kena ikut prosedur kerajaan. Kena buat bank draft dan pergi ke Menteri Kewangan utk buat bayaran. Leceh sikit especially bila ingat-ingat lupa prosedure ini.
Wisma KDCA
  • aku lupa sudah ni berapa sewa dia, lagi murah dari Wisma Wanita tapi banyak charge add-on. 
  • Lantai dia kureng sikit iaitu lantai badminton ada garis-garis court dan ada tangga yang meninggi ke atas sebab macam mo bagi penonton tengok. Aku rasa tidak berapa sesuai utk adakan majlis kahwin di sini unless tidak kisah dengan layout yang sedikit off tu.

Lain-lain lokasi yang dipangkah awal-awal:

  1. SESB - aku tak ingat apa mama aku cakap. Rasanya siling rendah dan tiada parking. Tapi konsep hiasan di dalam tu menarik sebab macam traditional.
  2. Sutra Harbour - saja jak taruk sini hahah! Harga mahal dan aku malas mo tanya pun, confirm berhutang piutang tu nanti. Bagus bikin sambung belajar kah, beli rumahkah, renovate rumah parents kah.
  3. Le Meridien - mahal juga. lupa sudah harga dia. Mungkin lebih sikit jak dari Promenade.
  4. Shangri-La Tanjung Aru - mahal walaupun memang best lah. Indak silap RM100++/pax - 2013. Kalau ada duit aku bikin di sini.. beach weddings memang aku punya dream wedding!

Ok, harap-harap info ni membantu semua brides membuat keputusan. Jadi aku tidak kondem mana-mana pihak, especially TH - mungkin kurang staff, sakit, tidak cukup resources dsb, atau memang bukan nasib aku la bah tu. Pilihan dan pendapat di sini berdasarkan pengalaman aku yang ciput menengokkan dewan kahwin dan mengambilkira kesesuaian utk guests dan citarasa family dan tunang.

Happy hunting!

25 comments:

  1. salam, jadi manalah tempat kamu pilih? dan bleh kasi rekemen ka catering yang best di kk dan berapa di cas per pax?? thnk u

    ReplyDelete
  2. Salam,

    iya kan, indak pula ku tulis mana yang dipilih!
    Kami ambil Wisma Wanita dan puas hati dengan pilihan itu. Mudah berurusan dengan staf juga.

    Caterer kami Mai Home Catering. Dia ini sepupu saya, kalau tidak silap RM35 sekepala. Tapi kan saya rasa-rasa mama saya diam-diam kasi top up bah itu pakej.. so saya tidak sure.
    Ini details caterer:

    Handphone: 0198125599 (Mai) / 0198525757 (Hj Jaafre)

    Email: maihomekatering@gmail.com

    https://www.facebook.com/mai.zai.7

    https://www.facebook.com/MaiHomeCookingCatering


    Semoga dipermudahkan urusan. :)

    ReplyDelete
  3. Boleh tahu flow prosedur utk wisma wanita and mau contact sapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ke pejabat di wisma wanita itu srnfiri dan buat booking. Deposit rm500 dan selebihnya kena buat cheque atau bank draft.. Dorang ajar juga tu mcmana mo buat..

      Delete
  4. Haiiii...wisma wanita drg kc sedia table ka tuk quest??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak ingatlah.. kalau x silap macam 10 meja dan bayar extra kalau mau lebih. Tapi lebih baik kamu call sendiri Wisma Wanita tu dan tanya.

      Delete
  5. Omg sgt bertuah saya kerana dpt baca ni blog. Msh tercari2 saya d mana best ni. Harap2 tu wisma wanita msh ok kan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masih the best option. Actually terpulang mana kau suka, sebab sa suka juga Habiba Suites tu. Tabung Haji pun ok tapi servis hampeh.

      Anyway my sisters pun mo buat wedding di Wisma Wanita setelah dorang survey beberapa tempat baru.. WW masih best value for money.

      Delete
    2. 2017 punya post, 2022 now! gara2 planning mau kawin sia jumpa ni blog haha. useful but then sia rasa harga skarang lagi mahal kan? dewan mahal catering mahal adehh bingung trus mau buat majlis ka nda zaman2 skarang ni

      Delete
  6. Sapa tahu lain2 venue di area bandar kk

    ReplyDelete
  7. Sapa tahu lain2 venue di area bandar kk

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Salam, tahun 2013 RM2000 tak silap. Atau 2.5k. lupa sudah.
      deposit RM500

      Delete
  9. orang kristian yg mau buat majlis kawin durang di sini buli kah tu arr ? info plss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai kenapa tidak buli pula? buli ba.. tapi tu Tabung Haji kau tanya dulu lah kan... tapi saya rasa buli untuk semua

      Delete
    2. oh ok.. tq sis.. oyah klu mau booking tu mesti mau pi sana ka tu. guna online xda boleh ?

      Delete
    3. oh ok.. tq sis.. oyah klu mau booking tu mesti mau pi sana ka tu. guna online xda boleh ?

      Delete
    4. Tiada tu.. bagus kau pigi sana direct baru kau boleh tengok dewan tu betul2.. lagi kau mau tau apa peraturan di dewan tu (masuk pukul berapa, berapa meja, etc etc).. lagi2 ini bayar ribu2 kan.. better pergi sendiri berurusan... kau kerja di KL kah?

      Delete
  10. alkohol dibenarkan ka klu di wisma wanita?

    ReplyDelete
  11. brp sewa dewan skrg utk majlis kawen?..blh email sy dkt shaeffa2183@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...