Salam!
Saya baru jak pulang ke Malaysia hujung minggu ni. Happy bah. Tapi saya pigi KL saja, jumpa kawan-kawan. Lama betul bah indak pi KL, 2 tahun sudah. Nasib baik kawan-kawan saya pi wedding saya itu hari, kalau indak, indak la kami berjumpa selama 2 tahun. Hilang juga la rindu suasana orang Malaysia.
Saya berkerja di Vietnam sekarang sebagai guru bahasa inggeris. Sebab saya memang gila travelling, jadi saya berhenti kerja lama saya, ambil kursus jadi cikgu, lepastu ikut suami menjelajah dunia melalui kerjaya ini. Menjelajah dunia kunun, padahal sampai di Vietnam indak lagi kami pindah-pindah. Insya Allah kalau ada rejeki kami akan pindah tahun depan.. doakan ya murah rezeki dan mudah urusan kami.
Bah, melalut panjang pula. Kesian yang mau tips tapi terpaksa bah membaca dulu kerepekan aku ni. Sabar jakla aaaa.
OK mari mari kita tinguk siapa yang kenaaa... (macam indak lawak jak ni, indakpa)
Numbur satu - Pilih warna simple
Dalam post yang lepas, saya ada cakap kan saya pilih warna putih. Warna ini bukan saja anggun, tapi ada banyak lagi kegunaannya. Ia warna yang mudah disesuaikan dengan tema dan warna kulit.
Tudung
Sebab warna ini mudah dan memudahkan, senang cari tudung matching. Tudung putih pun banyak pilihan kan.. yang simple2 tu kamu beli seja tudung sekulah! Sewaktu di Tabung Haji saya pigi itu kursus kahwin kan, sana la sibuk mencari tudung di kedai-kedai tu. Ada yang mahal, ada yang murah, saya pun beli 2-3 jenis sebab indak tau mana satu yang sesuai. Ada yang 5 ringgit, ada yang 30 ringgit. Tapi akhirnya saya pakai yang adik saya beli, saya pun tidak ingat oo berapa dia beli tu.
Tapi kalau pilih warna lain susah bah sebab mau betul-betul matching warna tu susah. Kemudian pilihan terhad, jadi kalau mau ada kerawang ka, plain ka, batu-batu disko ka, susah pula mo cari atau terpaksa DIY kan. Bikin tambah kerja lagi, sudah la memang pening dan Bridezilla, terus bertukar jadi Gorgonzilla. Bikin takut la tu nanti.
Kasut
Ini tips paling saya suka. Sampai sekarang tersenyum-senyum lagi teringat kebijakan-bagai-sang-kancil diriku. Hehe. Kedai pelamin memang kasi sedia kasut, tapi kadang-kadang bidak, lepastu macam geli kan mo pakai kasut bekas orang.
Kalau mau beli kasut, kasut yang tajam di hujung sesuai untuk pengantin, dan kalau boleh pakai kasut penuh.. bukan sandal ka, kasut tali-tali ka. Baru nampak formal dan anggun. Kalau ada labuci lagi bagus tapi bila saya survey macam terlampau mahal. Saya punya budget masa tu RM30 jak.
Jadi ini la kasut yang akhirnya dibeli. Kamu tau harganya...??? RM17 sajaaa. Memang simple jak bah, tapi kita pakai pun sekali ja kan, bukan lagi pakai sangat selepastu. Saya beli di Centre Point. Sebab kan, kasut putih ni memang jarang orang beli, jadi dia selalu kena longgok bahagian promosi. Bah rajin-rajin lah kamu meround Centre Point lepas ni ah. Kalau rajin boleh juga tampal-tampal lace ka, tapi saya mmang indak kuasa mo DIY lagi.
Bunga telur
Saya beli di Sinsuran satu kotak RM20 ka. Adui indak ingat sudah, tapi yang saya ingat satu batang lebihkurang RM1.00. Mungkin juga RM0.80, hai itula bah berbulan suda kan baru mau update, sekarang indak ingat sudah.
Di kedai tu, banyak juga design.. disebabkan kami punya tema merah dan putih, saya mau cari yang merah tapi samada sudah habis, tidak cukup atau yang cukup tu designnya saya tidak suka. Tapi alhamdulillah, biasanya putih memang selalu ada bagi setiap design, jadi last-last saya beli yang putih dan ikat dengan reben merah. Habis cerita.
Numbur dua - Bilangan tetamu
Yang ini mungkin satu masalah juga bagi kebanyak orang. Disebabkan saya ini membesar banyak di Semenanjung, kerja pun di KL, jadi kebanyakan kenalan dari sebelah sana la. Mujur ada juga kawan-kawan dari zaman Yayasan Sabah (sekolah menengah) jadi ada juga la kawan Sabahan yang datang.
Sebenarnya ibubapa saya yang mencadangkan tetamu 500 orang, rasanya sebab mama saya mau majlis di mana orang datang dan meraikan bersama-sama sepanjang aturcara. Kiranya bukan datang, makan, dan pergi. Sebenarnya kapasiti dewan pun 350 orang saja tu, tapi kami sewa meja extra dan ada juga tetamu yang balik awal, jadi bolehla menampung kesemua tetamu.
Kalau ada yang mau buat konsep begini,kena berbincang lah dengan ibu bapa tentang hal ini. Tetamu kebiasaannya adalah kenalan ibubapa dan juga saudara mara, jadi disebabkan itu mesti berbincang dengan ibu bapa kerana mereka lebih tahu siapa dan berapa ramai yang perlu dijemput.
Numbur tiga - majlis satu kali saja
Bah, mesti kamu ingat kami ni sadis kan. Sudahla 500 orang jak tetamu, satu jak majlis lagi tuh! Tapi sebenarnya suami saya bukan orang Malaysia, jadi bilangan tetamu yang datang sebelah suami lebihkurang 15 orang. Terkejut juga saya ada kawan-kawan dia yang datang! Best bah.
Tapi disebabkan itu, memang tidak perlu kami adakan majlis dua kali. Majlis satu kali saja sangat-sangat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Jadi kalau dua-dua pihak bersetuju, lebih baik lah buat satu kali saja. Duit ini kan lebih bagus untuk pasangan suami isteri membina masa depan.
Numbur empat - hantaran
Haa, yang ini topik agak sensitip. Kerana ini kan adat budaya kita. Tapi, saya ini simple orangnya.. pendapat saya di sini tidak tertakluk kepada orang lain ya, hanya sekadar berkongsi pendapat. Ada kawan-kawan yang merasakan jatuh standard kalau tidak tetapkan hantaran yang tinggi. Ataupun sang suami nanti dapat isteri secara percuma, dia tidak perlu bersusah payah berkorban demi bersama wanita yang dicintainya.
Jadi di sini, ini hanya buah fikiran saya bagi menjawab isu wedding saya, saya tidak meletakkan wang ringgit atau puji-pujian sebagai harga diri saya. Sebab kita saja yang tahu betapa tinggi nilai kita, indak payah kita tunjuk sama orang lain kita ni nilai beribu ka, berratusribu ka. Gunakanlah akal kita menilai peribadi bakal suami, samada dia ini bertanggungjawab, berbudi bahasa dan jenis rajin atau tidak. Satu lagi, saya cukup risau kalau orang lain mencontohi kita. Contohnya, kalau saya letak hantaran saya RM16,000, nanti saudara mara atau kampung kita akan ikut trend yang kita letak tu. Tidak kira orang itu mampu atau tidak, jadi ini kan mencetus masalah pula sama orang lain, dan juga budaya banding membanding.
Akhir sekali, saya memang tidak minat dengan dulang-dulang hantaran. Orang selalu taruh beg la, iPad la, entah apa lagi di sana. Kalau minat, ngamlaitu. Tapi saya tidak mau, saya rasa buang duit saja. Bukan saya pakai tu nanti. Jadi saya pujuk-pujuk ibu dan bapa, akhirnya kami bersepakat tidak payah ada hantaran. Banyak juga hujah terpaksa saya berikan, bagi penjelasan secara berhemah dan juga buat kajian dari segi keagamaan.
Terpulang pada masing-masing ya, benda ini mengikut citarasa dan pendirian sendiri. Buatlah kajian dan rujuklah kepada amalan Rasul dan sahabat-sahabatnya.
OK itu sajalah yang saya kongsi pada kali ini. Jangan kamu terkejut pula bila kami spend duit tu di tempat-tempat lain (yang kamu rasa tidak perlu), sebab macam yang saya cakap tadi, ini kan terpulang pada citarasa, pendirian dan gaya hidup masing-masing. Yang penting kita gembira dan selesa dengan keputusan kita.
Semoga post ini membantu bakal-bakal membuat keputusan yang sesuai. Buang yang keruh, ambil yang jernih ya..
Ini saya setuju..siokk baca blog u...
ReplyDeletehihi baguslah kalau ngam sama pendapat kamu.. hopefully indak terasa macam struggle satu2 orang bah kan!
Deleteada tips lagi ka pasal wedding ne? siuk membaca sis.. thanks yaa
ReplyDelete