Sunday, November 24, 2019

Kahwin campur

2 tahun bah indak update. Alah bukan ada juga orang cek tu kan. Dulu2 masa buka blog ni bersemangat mo tulis post2 menolong orang prepare wedding. Skarang macam.. hilang sudah idea... maklumlah sudah 5 tahun berkahwin. Time flies, indak rasa pun macam 5 years.

Anyway, hari ni mo share about perkahwinan campur. Ada banyak juga cabaran berkahwin campur ni, tapi Alhamdulillah mungkin kerana corak pemikiran saya dan suami sama - kami punya minat, prinsip hidup dan habits yang lebih kurang.. jadi kami mampu mengatasi 'culture shock' perkahwinan campur.

Dari pemerhatian saya, kebiasaannya bila kahwin campur ni, salah seorang pasangan akan tinggal di negara kelahiran pasangan yang satu lagi. Contohnya, kalau Azila orang Malaysia kahwin dengan Jasin orang Iraq, mereka akan memilih samada tinggal di Malaysia atau di Iraq. Jadi kesannya ialah salah satu pasangan itu akan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang salah satunya. Jadi kalau Jasin memilih untuk tinggal di Malaysia bersama isterinya Azila, maka Jasin akan secara semulajadi menyesuaikan diri dengan carahidup di Malaysia. Barangkali ada la sikit2 adat2 dari Iraq itu akan masih dibawa-bawa, tapi pada pendapat saya dia tetap menyerap budaya Malaysia lebih kurang. Saya dan suami lain sikit sebab kami tidak tinggal di Malaysia atau UK, jadi kami masing-masing menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan juga dengan budaya pasangan.


Dulu,  ramai juga saudara mara terkejut sebab saya kahwin orang putih. Hm, entahlah, sebab saya rasa memang saya ramai berkawan dengan orang dari pelbagai negara, bertahun2 sebelum saya jumpa suami saya. Sebetulnya saya lebih suka orang Malaysia tapi selalu ada saja yang tidak serasi. Orang selalunya merasakan saya ini pendiam, tapi sebenarnya saya agak 'opinionated' dan bukanlah perempuan Melayu terakhir yang akan menurut perintah suami atau mengikut pendapat orang ramai. Jadi bila berkapel dengan Malay guys saya boleh rasakan sifat ini yang menyebabkan mereka teragak-agak untuk menjadikan saya suri hidup mereka. Bagus juga sebab memang saya tidak mahu berubah dan dulu mak saya macam fed-up dengan saya dan suruh saya jadi lebih 'ayu' atau 'less opinionated'. Sedih tau. Tapi akhirnya saya jumpa someone yang menghargai sifat ini.


Saya ingat kawan lelaki saya pernah bertanya, "Lelaki apa yang kau nak sebenarnya ni?" Jadi saya pun describe la lelaki idaman saya... lama juga kawan saya terdiam. "Kau suka yang intellectual eh", katanya. Saya pula terdiam. Intellectual? Apaitu? Bila saya berjumpa dengan suami saya ini, banyak topic yang kami bualkan tentang culture, buku, movies dan macam2 lagi. Saya rasa macam idea-idea dalam otak saya ini yang lama saya pendam ada ruang untuk diluahkan. Dan bukan saja diluahkan, tapi diluaskan, dikayakan dengan pendapat-pendapat dia pula.


Dia  jugasuka bila saya ada opinion saya sendiri dan berani melawan dia atau mempertahankan hak saya. Tidak begitu mudah tertunduk mengikut telunjuk dia. Saya betul2 bersyukur jumpa orang macam ini sebab saya rasa saya  memang tidak boleh dengan orang yang expect saya jadi Gadis Melayu Terakhir.

OK, cukuplah dengan sejarah kami ni. Saya mau kupaskan cabaran-cabaran dalam kahwin campur ni.


Adat dan budaya
Yang ini tidak begitu menjadi cabaran bagi kami sebab saya memang sudah perhatikan kalau dia boleh menyesuaikan diri dengan hidup Malaysians. Dan nyata memang boleh. Cuma bahasa Melayu saja dia tidak belajar. Tapi saya kadang-kadang perhatikan ada juga para suami yang betul-betul mahu ikut cara hidup asal dia, dan tidak boleh terima cara hidup isteri dia. Contohlah, ada yang geli bila tengok isteri makan pakai tangan. Atau masakan tertentu busuk katanya. Ataupun ada juga yang di negara asalnya, si isteri kena betul-betul ikut setiap arahan suami dan keluarga suami. Pengsannnn.



Hubungan kekeluargaan
Ini pun ramai yang punya persepsi bahawa orang Asia/Malaysia saja yang rapat dengan keluarga. Sebenarnya tidak betul. Di sebelah suami saya, saya perhatikan mereka agak rapat dengan ahli keluarga. Dan bila bertutur sangat menjaga perasaan ahli keluarga masing-masing. Tiada lah pertanyaan secara membuli macam "Kau bila nak kawin?" atau soalan bertubi-tubi "Bila nak ada anak? Janganlah tunggu lagi, kamu tu makin tua."

Saya tengok ada juga keluarga lain di antara kawan-kawan saya yang family dia sangat kasar dan bergaduh saja kerjanya. Dan ada juga saya tengok orang Asia ini dibuli oleh keluarga pasangannya sebab mereka ingat orang Asia ini bodoh dan hanya mau kawin sebab mau tinggal di negara mereka atau mau duit. Jadi berhati-hatilah.




Cara hidup
Ini pun berkaitan dengan adat dan budaya. Semestinya banyak benda yang kita rasa normal, adalah tidak normal bagi pasangan berlainan budaya. Benda kecik seperti saya suka duduk di lantai dan baring-baring di lantai adalah tidak normal bagi suami saya (tapi dia indak kisahla). Benda besar lagi lah, soal duit, soal tanggungjawab suami isteri....semuanya harus dibincang (dan kadang-kadang digaduh), kita kena clear apa expectations kita dan juga berminda terbuka untuk mencari penyelesaian logical dan buang expectations yang tidak logic sebab terbiasa dengan budaya kita.

Hobi dia pun kita kena tengok, contohnya yang suka spend duit ke kereta, adakah dia berbelanja ikut kemampuan dan kita boleh terima ka hobi dia? kalau kita tidak berapa minat dengan hobi dia kemungkinan kita akan boring dan terpisah dengan dia sebab dia keluar dengan geng-geng hobinya, dan kita pun malas mau dengar dia bercerita macam2 pasal hobi dia.




Prinsip hidup
Ini pun sangat berkait dengan cara hidup dan adat dan budaya. Tapi bagi saya, yang ini mungkin boleh diaplikasi kepada semua perkahwinan. Kena tengok apa matlamat hidupnya, apa kegemaran dia, cara pengurusan duit, cara pengurusan harta.




Apa-apa pun, samada kawin campur atau kawin satu bangsa, saya rasa 4 faktor di atas sangat penting untuk kita selidiki sebelum berkahwin. Bagi saya, yang paling penting adalah keserasian dari segi prinsip hidup dan kalau bagi wanita pula, tolooooonglah pilih suami yang tidak terlalu ego, yang selalu mendahulukan kamu terutama dari segi pelajaran dan self-improvement. Jenis yang selalu bagi kata semangat dan tidak merasa egonya tercabar kalau kamu lebih pandai dan lebih maju dalam pekerjaan. Dan paling penting tidak memukul atau ambil duit kamu.

Dari segi keluarga pun, sensitif lah terhadap peranan kamu dalam keluarga dia, kalau rasa keluarga tu tidak berapa suka kamu, atau tidak begitu sesuai, lebih elok undurkan diri. Lagi-lagi kalau mak mertua yang tidak suka, boleh jadi neraka hidup kamu. Dan siapalah yang mahu pisahkan suami dari maknya, kan? Jadi sebelum banyak masalah, lebih baik undurkan diri. Begitu juga dengan cara dia bawa diri dengan keluarga kamu, adakah keluarga kamu ini boleh menerima dia seadanya.

Akhir sekali, janganlah terburu-buru untuk kahwin. Saya memang tunggu calon yang sesuai bagi saya walaupun kena pressure macam gila oleh semua orang untuk kahwin. Saya lebih rela single seumur hidup daripada terperangkap dengan pasangan yang tidak sesuai. Sampai sekarang saya trauma dengan mereka-mereka yang mempressure tu, macam saya tidak boleh hilangkan perasaan sakit hati saya. But I know what is best for myself and I'm glad I stuck to my guns. Lagipun orang yang saya mahu tidak mau kawin dengan saya, dorang macam mau saya terima siapa-siapa saja. That's so weird and toxic!!

Perkahwinan ini terutama bagi seorang perempuan mencorakkan hidupnya sampai bertahun-tahun akan datang, ke anak cucunya. Kalau salah pilih.. aduh. Just no.

Jadi, pilih dan fikirlah dengan tenang ya. Dan doa banyak-banyak semuanya akan OK. Insya Allah.




Sunday, October 8, 2017

New chapter in my life

Halo halo!

Saya kini menetap di UK.

Tiada update. tiada anak. kenapa tiada anak? Sebab saya bukan conformist, yang perlu ada checklist dan tick off ikut lifestyle orang lain.

Kadang-kadang geram dengan 'reminder' orang - apatah lagi setelah saya membuat kajian saya tentang ada anak di usia lebih tua - saya ada sebab tersendiri, faham komplikasinya dan faham 'myth' yang banyak tersebar. Eh, defensive pulak. Mana tau ada yang selalu buat spekulasi di belakang saya datang melawat. Inilah penjelasan dia.

Anyway, saya bukan menetap secara permanent. Sekarang tengah study untuk Masters saya. saya sedang ambil kursus intensif sebagai tambahan kepada MA saya - waduh! Baru masuk minggu ketiga tapi sudah menangis2 siapkan assignment yang berlambak! Serious sambil menangis sambil baca research. Macam mau ketawa bila baca balik. Tapi itulah realitinya.

Tapi enjoy juga la.. saya rasa mesti ramai yang hairan kalau saya berhasrat ambil PhD atau MA kedua selepas ini  tanpa ada tawaran kerja bergaji tinggi (amboi, baru 3 minggu, ada hati sudah. Larat kah?! Baru jak minggu lepas mau quit sudah ni MA haha). Tapi kalau minat, begitulah dia.

Setahun yang lalu saya di Qatar - begitu berbeza kehidupan saya. Saya memang tidak sesuai tinggal di sana dan sangat tertekan. Saya mengalami anxiety attack dan depression, tapi di sini setakat ini belum lagi. Hati dan perasaan saya berubah serta merta. Cuma saya tiada kawan dan sememangnya buat masa ini tiada masa untuk berkawan. Satu hari saya buat research dan bacaan selama 8 jam.
Macam tidak percaya pula saya jenis manusia yang boleh membaca lama begitu. Saya bukan seorang yang suka belajar dan agak suka buat kerja last minute.

Rasanya tidak ada update blog dalam masa terdekat. Maaf ya! Masa depanku menanti :P kih kih kih

Monday, March 6, 2017

Gerenti bahagia di hari perkahwinan

Salam...

Hari ni saya mau menyentuh tentang emosi di hari bahagia. Sememangnya hari-hari terasa stress dan takut tentang pelbagai eksiden dan apa2 saja lah perkara yang indak diingini berlaku di hari bahagia kan? Saya pun cuba la mo bagi tips untuk mengawal emosi dan mengelakkan benda2 indak best ni berdasarkan cerita kawan-kawan dan pengalaman sendiri.


1. Focus 2-3 perkara yang utama dan forget the rest


Kita sebagai bride indak boleh terlalu fokus berbagai perkara dan expect semuanya jadi perfect. Lagi kita indak kisah lagi bagus. Tapi  kebanyakan kita memang mau hari ini sebagai hari yang paling best dalam hidup kita kan? Jadi, kalau mau juga jadi queen control begitu, bulih bah, tapi untuk 2-3 item saja.

Contohnya, bagi saya.. yang paling penting bagi saya adalah photographer, baju dan makeup. Kihkihkihkih focus sama saya saja lagi tu... tapi sejujurnya saya tidak minat urusan perkahwinan (tapi boleh ada pulak wedding blog?! apakah?) jadi contohnya kalau deco bidak, atau food kurang sedap.. saya masih boleh terima.
Tapi kalau mekap macam hantu, baju indak lawa, gambar lagi mcm apa seja... ohh tolong dari bidadari sekelip mata saya tukar jadi Shrek.

Jadi, kita focus 2-3 barang utama itu dan pastikan persiapan utk benda tu sempurna. Ada orang lain, makanan itu sangat penting bagi dia. Dia suka kalau tetamu pulang kenyang dan puas hati. Jadi dia mestilah selalu contact dengan catering dan buat research habis-habisan tentang catering company tu. Kemudian mungkin dia suka pelamin tu cantik ikut tema. Seterusnya kau selalu lah keep in touch dengan tukang hias pelamin tu, minta pendapat dan datang kedai 2-3 hari sebelum wedding untuk remind dia. Kemudian dia juga suka kalau doorgift tu perfect... jadi habiskan lah tenaga dan masa ke arah tu.

TAPI.. sudah pilih 3 item tadi.. kau jangan marah kalau photographer kau kurang skill, kalau lagu terlampau jiwang atau terlampau disko, kalau mekap kau ada lari sikit. Itu semua kurang penting sebab sudah kau pilih 3 item tadi yang kau rasa paling tinggi keutamaannya. Tapi berdoalah semuanya lancar.. insya Allah.


2. Jangan pilih saudara mara atau kawan sebagai mak andam/MUA

Ada orang bilang senanglah kalau dapat diskaun sebab aunty/kawan sekolah/sepupu jadi MUA. Mungkin boleh dapat double diskaun atau free lagi! Fuiyo syoknya. Tapi sa ada sudah beberapa kali tengok kejadian di mana... tiba-tiba aunty tu bilang (di pagi wedding).. dia penat! dia tidak mau! What?! Indak kau kelam kabut?

Dalam keadaan saya pun sama, kawan hubby bilang dia mo offer makeup sa free. Saya sudah teragak2 sebab sa memang tau susah ba kalau kawan atau saudara buat... tapi hubby saya bilang bole jimat duit dan itu kawan dia....Kerana mau jaga hati bakal suami saya terima lah.. dia bilang kawan dia ni suda makeup utk artis tv series lagi... Skali tinguk.. sebulan sebelum wedding dia pi cancel .. dia bilang ada kerja. ***muka mau jadi Shrek sudah****

Sudahla tu, saya tempah si Claire utk MUA saya.. tapi satu hari saja.. padahal Claire suda tanya sa betul kah satu hari saja, sebab dia mau terima booking orang lain... jadi saya bilang ok... then bila kawan hubby cancel saya kelam kabut mencari MUA baru.. hmm kau tengok suda saya kawin 3 tahun sa masih ingat lagi benda ni..

Jadi.. biarlah keluar duit sikit, asalkan kau terjamin tidak sakit hati. Kecuali kau indak kisah la pasal makeup kan!

3. Berhati-hati dengan pakej all-in-one

Pakej yang ada catering, photographer, MUA semua satu kali. Satu.. kau tidak boleh pilih MUA dan photographer mana satu yang kau suka. Mungkin dalam album dia bagi gambar oleh photographer paling handal.. tapi sebab kau ambil pakej ekonomi kan.. dia bagi la photographer yang baru mau belajar.. mcmana ko mo tau siapa dia hantar nanti?

Kedua.. kalau tuan punya bisnes ni jenis gila atau penipu... kalau dia lari sama duit kau.. macamana ko mau cari tu semua last minit? Menangis kau nanti idung merah-merah sambil bersanding.

Ada kawan sia dapat MUA yang bundle dgn photographer.. skali tgk... dialah MUA dialah photographer.. kamera pakai compact camera.. kawan saya mau antak saja kepala dia.. kihkih.. masa sia dengar dia cerita lucu la.. tapi kalau kena sama kau indaklah kau ketawa tu...

Kalau kau mau juga proceed, ok bah.

Tapi kau prepare betul2 lah. .kau siasat siapa orangnya, apa nombor perniagaan dia, ada kenal kah bekas pelanggan dia, kalau kau kenal kawan2 dia lagi bagus. Kau minta la betul2 sepa MUA dia, sepa photographer dia yang dia akan bagi kau nanti.. lepastu kau siasat skali  MUA sama photographer tu.. kalau dia x mau kasitau awal-awal jadi kau pun pikirlah bagus-bagus jangan cakap sia tidak warning kau...

4. Just be happy

Enough said! At the end of the day, yang penting kau dan suami meraikan bersama family dan tetamu. Kalau pun ada yang tidak perfect.. mereka yang benar2 sayangkan kau tidak akan mengkritik dan mengkondem. Dorang tetap happy dan akan mendoakan kebahagiaan kau.

Yang mulut macam ***** tu kau sumpah jakla. kemudian kau lupakan dia, unfriend, block dan sebagainya.

.
.

Bah pembaca kalau ada yang ada extra tips kongsilah sekali.. apa-apa pun saya harap semuanya lancar .. amin.....

Monday, October 10, 2016

Negara baru

Salam kawan-kawan..

kami baru menetap di Doha, Qatar. Saya rasa setiap kali kami berpindah negara.... 2-3 bulan pertama agak mencabar kerana kesabaran kami tipis.. secara tidak sedar kami selalu bertengkar. Yalah, bila baru pindah ni.. ada beberapa perkara yang menguji kami.. kami di luar comfort zone...

contohnya...

tempat tinggal.. kadang-kadang tidak bersih, tidak cukup perkakasan, kadang-kadang kecil.. kami pernah tinggal di bilik hotel selama 3 bulan... dan itu bilik paling besar di hotel tu. Tapi kiranya masih kecil sebab tiada dapur, tiada ruang tamu.. hanya bilik... hoh kami punya bergaduh mcm apa seja....

kerja baru... mo sesuaikan diri dengan jadual mengajar (kami kan guru), perangai pelajar, teman-teman sekerja....

budaya baru... mo sesuaikan dengan makanan... cara orang driving... kedai-kedai.... tingkahlaku di khalayak ramai .. di Doha ini tidak digalakkan jalan berpimpin tangan... saya rasa sungguh tidak best sebab tia boleh peluk2 atau pigang2 tangan husband saya sendiri oh!!!! kadang-kadang saya buat juga tapi lepastu kami dua2 ketakutan pastu kasi lepas tangan.. kikiki...

kewangan... yalah mo datang negara lain mo kena bayar tiket.. bulan pertama belum dapat gaji... mo beli lagi alat2 dalam rumah.. kadang-kadang kena bayar dulu visa la apa semua tu... ataupun deposit rumah sewa...


kalau diceritakan semua.. mcm indak best pula hidup pindah randah ni kan??!

Ada kebaikan dan keburukannya.. seronok tengok negara orang sambil dapat gaji.. seronok keluar dari comfort zone kerana selalu belajar benda baru... seronok dapat merasa makanan dari negara lain dan berkenalan dengan pelbagai warganegara lain.... tapi.. .rndu dengan keluarga dan kawan-kawan.. rindu dengan suasana Malaysia... rindu rindu rindu semuanya... haih....


Mujur ada kedai Melayu di Doha.. hihihi..
Mujur bestfren suami juga ada di Doha.. jadi dia kenalkan kami dengan kawan-kawannya
Mujur rempah ratus di Doha ni banyak persamaan dengan di Malaysia.. senang mau shopping...

Doakanlah kami berterusan bahagia.. sabar.. murah rezeki...... secara realiti saya agak sedih tinggal di sini kerana saya tidak bekerja... rindu dengan kawan-kawan.... tapi gambatte... teruskan perjuangan!!!

Thursday, August 11, 2016

Kek mahal atau murah?

Ha... kek! Enak, lemak berkrim... siapa tidak suka kek kan?

Selepas itu... ada macam-macam jenis .... kek coklat, kek span, brownies, red velvet, hummingbird cake, lemon cake, shortcake.. nah! mana satu kau mau?!!!!! Terus bah over excited.

Kalau kau tinguk pula cerita-cerita hindustan tu.. itu kek bertingkek tingkek kan? Macam twin towers sudah. (tolong jangan buat begitu)

Bah. Urusan kek ini nampak simple, romantik, straightforward... tetapi tidak.

Ada beberapa faktor yang harus dipikirin. Atas pengantin bah juga tu... penting atau tidak penting kek ni? Berapa bajet? Apa perisa kegemaran? Para hadirin semua makan kek kah?

Jadi saya tolong kau pikir skarang.  




KEK MAHAL
Setiap orang memang kalau boleh mau berhabis-habisan untuk wedding. Kita pilih yang terbaik, kan?

Tapi kita kena fikir masa depan, kemampuan dan sebagainya. Yang penting kan.. perkahwinan itu sendiri bah yang bahagia. Kek bertingkat ini hanya kasi meriah satu hari saja... yang penting hati terus berbunga cinta.... chewahh

So kek mahal... apa yang bagusnya tentang kek mahal?
  • Boleh pilih perisa yang istimewa. Saya pilih red velvet untuk wedding saya, sebab saya memang suka red velvet. Lagipun ngam dengan tema perkahwinan.
    (Tips untuk jaga bajet:
    Pilih saja satu tingkat atau saiz kecil! kalau mau bertingkat2 yang lain tu kek tiruan seja atau yang murah punya)
  • Rasa puas hati
  • Tetamu rasa puas hati dapat makan sesuatu yang lain daripada yang lain

Kekurangan?
- Obviously, cost tinggi.

- Tidak habis! Kami tidak sempat hidang sama tetamu... dan selepas itu kami potong besar-besar untuk sesiapa yang mau makan.. tapi masih banyak berbaki. Bayar mahal-mahal lepastu kau buang.

- Bikin gemuk.

- Kalau yang tidak suka manis tu, membazir seja. Sebab bukan kau suka makan pun kan?

- Hanya untuk masa sekejap saja.

- Tidak semua orang tahu perisa dia pun.

- Kalau ambil saiz kecil tidak dapat hidang sama semua tetamu.







KEK MESRA KEWANGAN

Jadi, sudah kita terokai tentang kek mahal. Nampaknya kekurangan melebihi kelebihan. Macamana dengan kek yang kosnya lebih mesra?

kelebihan?
  • Mesra dengan bajet.
  • Rasa macam kek. Semua kek pun lebih kurang bah!
  • Tetamu sudah kenyang dengan buffet. Makan sikit saja sebagai pemanis mulut.
  • Hiasan yang cantik nampak sama macam kek mahal.
  • Boleh beli besar sikit kalau mau hidang sama semua tetamu.

kekurangan?
- Mungkin ada risiko tidak seperti yang kita mahukan. Tetapi kemungkinan sangat kecil.
- Kalau pengantin yang cerewet, mungkin perisa dia tidak memuaskan. Rosak mood.
- Ada mulut yang mengutuk, tapi kalau ada pun... kau kasi sumpah saja semua kek dia makan selepas ni indak sedap. Orang begini tidak penting.





Jadi macamana? Adakah kau boleh lihat dengan terang dan nyata lagi jelas mana satu yang kau suka?

Atau mau saya buat slideshow dan Excel? Graf?

Sori lah. Mo update pun berbulan-bulan. Tapi mana tau saya rajin satu hari nanti. Boleh juga.




KESIMPULAN
Dalam keadaan ini tidak ada jawapan yang pasti. Saya rasa kalau kau bijak kawal kos perbelanjaan, boleh lah pilih yang mahal sikit. Bagi saya, kek tidak begitu penting.

Semasa wedding saya, saya pilih red velvet atas permintaan ibu, tapi saya pun sendiri memang suka red velvet. Kos kek itu RM500 - bila saya fikir balik - saya rasa saya patut pilih kek yang lebih murah dan mungkin lagi kecil. Kami tidak habis makan.

Saya rasa beli kek mesra kewangan lebih bagus kerana kelebihannya jelas menonjol berbanding kekurangannya. Atas kau lah kan? Ada orang RM500 itu murah seja. Orang lain RM500 tu mahal terlampau. Pandai-pandailah kau.


Tips:
  • Pilih warna yang sesuai dengan wedding dan tidak payah terlampau banyak hiasan. Nanti kek tu pula yang menonjol dari kau. Susah-susah saja bermekap.
  • Cari gambar contoh dari awal.
  • Boleh cari alternative yang murah - contohnya fresh flower boleh diganti dengan sugar paste. Tanyala baker kamu dan berikan bajet kamu.
  • Pilih perisa kegemaran kau. Durian pun boleh bah.
  • Pilih driver dan co-pilot yang tenang dan cermat memandu. Dari awal supaya tidak kelam kabut last minute cari orang.
  • Berkomunikasi dengan baik dengan baker anda dan ketahui harga semasa. Jangan over sangat mau menawar. Kena pandai imbang keadaan. Kalau baker kau bersedih-sedih dan sakit hati sambil buat cake kau... hmmmmm.. susah mau cakap.....
  • Ingat ya - kek itu hiasan saja. Jangan risau sangat. Kalau rosak terjatuh dan sebagainya.... it's OK. Teruskan wedding dengan ceria. 




Semoga entri ini membantu serba sedikit.

Saya mahu rekomen baker yang saya gunakan:
PINK ROSES CAKE
https://www.facebook.com/pinkrosescake/

Kena booking dari awal sebab dia ni memang laku - dan ramai bilang sedap. Kek kami hari tu pun sedap dan yang urus booking kami sangat bagus - pandai urus masa, follow budget dan pandai buat suggestion.

Sunday, February 28, 2016

England

Salam semua...

Saya skarang di England melawat mama dan bapa mertua. Sejuk ooo.. stress saya. Banyak juga idea untuk buat tour utk Malaysian kunu.. kikiki.. bukan saya tinggal pun di sini tapi biasala.. berangan lebehhh.
Mungkin ada yang fikir saya ni kaya kan boleh tinggal di England lama-lama. Bah, saya aminkan pikiran kamu tu! Semoga rezeki saya murah!!



Tapi ginilah saya cerita serba sedikit.... saya jenis orang yang tidak suka tengok TV, tidak suka berhutang, tidak suka barangan berjenama. Beg saya dari Cotton On (ada empat tau! koleksi). Taukah beg tu... yang charity bag tu.. harganya RM8 setiap satu. Ada dua tu saya dapat diskaun lagi.. jadi RM4. Hahaha..

Kasut saya mahal sikit. Brand Converse satu, dan brand Clarks satu. Dua2 saya beli sebab kaki saya tidak tahan berjalan jauh. Kita ni orang Malaysia indak suka berjalan kaki bah kan?!!! Tapi sebab saya tinggal di Vietnam, saya banyak berjalan kaki ke mana-mana. Kami tidak ada kereta - kami hanya beli motor buruk berharga RM700 lebihkurang. 50cc lagi tu! Kawan-kawan kami pun ramai jak skuter canggih2 tapi kami indak peduli. Kasut Clarks tu pun saya pakai hampir setiap hari selama 3 tahun, dan masih bercadang untuk continue pakai sampai indak boleh pakai lagi. Saya beli pun  harga Vietnam dan sejujurnya saya ndak pasti pun ori ka tidak! Yang penting kakiku yang cerewet ni selesa.. jalan sejaaa...



OK... kalau kamu  mau bercuti-cuti di England.. saya ada beberapa tips! Tapi ... terus teranglah juga.. husband bah yang banyak mengurus jadi tidak semua yang saya terer betul. Dan kami tinggal di rumah kawan-kawan atau family, jadi yang itu sangat banyak membantu mengurangkan kos kami.

1. Flights
rajin2 lah check flights sampai tau sudah harga tiket tu berapa. Boleh juga guna Google Flights untuk membantu - saya banyak pakai Google Flights untuk check harga. Mungkin one day saya buat satu post terperinci pasal Google Flights.

Satu lagi rajin-rajinlah follow Facebook page beberapa airlines yang harganya ok. Kadang-kadang ada promosi dalam page dorang yang tidak dicover oleh Google Flights. Bagi saya.. harga return dalam USD700 adalah sangat murah sudah tu. Rasanya pernah nampak juga sala USD500.. indak tau lah masih ada ka indak...

2. Baju Sejuk
boleh beli di charity shop! Di sini ada kedai-kedai yang jual barangan macam baju second hand.. kadang2 masih baru lagi. Harga tu depends on lokasi - kalau di London mungkin boleh cari baju vintage atau couture di charity shop .. tapi harga nya pun agak mahal lah. Itupun kalau kau kenal baju couture kan haha. Kalau bandar kecik sikit harganya lagi murah. Coat dan sweater boleh dapat dalam RM7-RM100. Kadang-kadang kedai biasa pun ada sale... pun kadang-kadang murah. Especially dalam bulan January dan February.



3. Bas dan train
Mesti booking dari awal. Lagi awal lagi murah (boleh booking 6 bulan lagi awal). Kadang-kadang ada promosi mcm unlimited travel selama seminggu dengan harga RM60. Depends tempat. Sorry ah yang ini husband saya yang selalu urus itupun kami selalu booking lambat dan bayar lebihlah!! :(


4. Tempat tinggal
yang ini sebab kami selalu tinggal sama family dan friends... ada la satu-dua kali kami terpaksa booking hotel. Kami pakai Agoda tapi baru-baru ni kawan saya ada kestau pakai Travelodge atau Ibis Hotel. Cuba la kamu tinguk2 sana ya?

Satu lagi, ada website yang kamu boleh tumpang rumah orang - Couchsurfing.com atau Travelbuddy.com... atau sewa bilik macam airbnb.com..

Cuba la semua option kan... lagi bagus kalau ada kawan atau saudara. Paling paling pun.. kawan atas kawan.. kalau indak malu la.. (saya dulu ada jugak planning mo buat gitu tapi terkawin pula sama orang England.... )


5. Travel blog dan groups
Cuba check2 travel blog (guna Google jak macam "budget backpacking England/Europe" , "tips cheap travelling England")... dan ada juga orang Malaysia buat tour 10 hari di Europe untuk RM5000 (ini 7 tahun dulu, mungkin naik sudah harganya).

Saya jenis suka slow and steady ... suka baca sejarah tu tempat.. jalan slow2.. berkawan dengan locals... makan local food... so pakai tour bus and tour company is so not me. Paling best kalau boleh cari geng local (Couchsurfing/Travbuddy/Meetups etc etc) dan dorang bawa ko jalan-jalan.

6. Makanan
Restaurant mahal. Supermarket murah. Makanan halal banyak. Makanan Malaysia banyak. Makan processed banyak - contoh ko beli salad, pasta, Nasi Beriyani di supermarket banyak k! Makan jak sejuk2  (baca label dulu lah.. jangan pula makan frozen food indak masak!). Saya ni gila kesihatan so saya sangat-sangat tidak mengesyorkan makan Maggi. Belilah salad tu... tinned tuna kah.. roti.. seafood..

Air paip boleh diminum. Ambil dari paip yang sejuk, bukan yang panas. Yang panas tu tidak selamat di minum. Jadi sebelum berjalan-jalan kasi isi botol plastik sama air paip.. indak payah lagi kau beli2 di kedai. Kopi dalam RM10-20. Makanan di restaurant ... yang bajet dalam RM20. Yang biasa2 dalam RM50 ke atas. Yang mahal.. entah saya tidak pernah masuk. Kedai halal pun biasanya banyak...biasanya Indian atau Turkish food.

**nota: harga ini di luar London. mungkin di London mahal sikit.

7. Aktiviti
Hmmm.. aktiviti saya biasanya window shopping dan berjalan-jalan tengok bangunan bersejarah. Sebab free kan. Antara buku yang saya suka adalah Lonely Planet yang sangat membantu dalam membajet dan semua aspek perjalanan.

Paling best jalan di taman ataupun masuk jalan kampung ...jalan kaki ok! Di sini dorang biasa sudah jalan kaki berjam-jam... kau tidak berpeluh itu!...  Saya ni pelik sikit.. saya suka masuk  supermarket. Di Malaysia pun kadang-kadang saya jalan2 dalam Giant tengok makanan.. jadi itu juga antara aktiviti saya di sini hihihi.



 Sebenarnya banyak lagi trick-trick saving tapi saya pun indak tau semuanya. Ini serba sedikitlah dari pengalaman saya sendiri... Mau cakap England ni mahal.. Tidak mahal seperti di sangka kalau kau tau trick-tricknya.. Kalau mau murah mesti rajin study sikit la k...








Monday, January 25, 2016

Kami mau pindah

Hallo!

Selepas ini, lama kali saya tidak update. Sungguh mengecewakan.. karna sebenarnya byk bah sa mo share pasal bikin sticker la, motivasi la, exercise la, diet la, tips perkahwinan, holiday.. semuanya janji kusung! HUH!


Kami mau berpindah dari Vietnam. Balik kampung sebelah suami dulu.
Dan selepas itu.... Alhamdulillah, suami setuju dengan permintaan saya untuk bercuti di CUBA!! YEEHAA.
Cuba adalah destinasi impian saya sejak 7 tahun yang lalu. Saya rasa terlampau mahal bah, tapi kalau tidak sekarang, bila lagi? Nanti bila saya sudah pigi, baru saya ceritakan kenapa Cuba ni pilihan saya. Sekarang ni masa saya suntuk, packing sudah 4-5 kali. Indak abis2.


Kamu ingatkah saya ada rekomen dulu berCapoeira untuk kasi kurus badan? Malangnya saya lamaaaa sudah tidak pigi. Jadi indak boleh komplen kalau berat naik. Kemudian ada Hari Raya, selepastu Christmas, selepastu New Year.... haaa minggu depan balik kampung suami lagi. Please! Saya harap saya boleh kontrol makan. Doakannnn!!! :D Hari tu sudah turun tapi sebab banyak betul holiday + wedding.. naik balik bah. Panas ati aku.

Anyway, capoeira ni mmang sangat bagus. Dia macam tarian + yoga + martial arts. Jadi bagus untuk bina kekuatan, kepantasan, flexibility dan rhythm. Sepa yang tidak pandai nyanyi ikut tempo tu, bagus kau belajar Capoeira. Lama-lama pandai tu.

Satu lagi, Capoeira ni merata2 dunia ada. Jadi contohnya saya mula di Vietnam kan, selepas ini saya boleh jak pigi England ka, Brazil ka, Sabah ka, KL ka... cakap jak dengan kelas tempatan tu saya mo join satu kelas! Dorang akan sambut kau dengan mesra dan gumbira. Walaupun kau langsung tidak terer (saya lah tu).
Jadi kalau kau berholiday pun, boleh jak kau singgah di mana-mana club Capoeira tumpang tunjuk handal.
(Untuk gadis-gadis single, kebanyakan guys Capoeira sangat fit. Selamat menjamu mata hehee.... Haippppppp)



Sedih juga oooo meninggalkan dorang ni. Saya berhenti lebih setahun... lupa pulak best Capoeira ni. Bila saya join balik semua orang happyyy ooo jumpa saya. Tengoklah dorang punya farewell tu kelas bergaya kan.



Sorry lah entry kali ini tidak kena mengena dengan perkahwinan pun. Kasi kau rehat la  stress-stress baca pasal kawin, mari kau tambah dengan saya pun stress mo packing fasa ketujuh ratus. Sudah buang tu baju sia pi kurik balik ambil masuk beg. Lepastu terpaksa buang balik. Baju-baju sa yang kecik semua sia simpan kunu... sebab takut nanti sia lupa dulu sia kici dan teda motivasi mo kici balik.



Packing time.... iya si kici tu pun ikut! Sudah 9 tahun saya jaga......... soulmate tu!!!

Bah, doakan saya + suami selamat menjelajah. Kami indak lama lagi menjadi penganggur terhormat!
Doakan kami selamat, gembira, murah rezeki, mudah urusan, sihat tubuh badan dan kaya pengalaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...