Friday, September 4, 2015

Honeymoon ideas : #1


Assalamualaikum..

Jangan terkejut aaa gambar di atas tu! Bukan bersentuhan tu ahaha.. tapi kalau iya pun apa salahnya hehe :P
Ada di antara kita yang sudah biasa melancong dan pergi ke sana ke sini, shopping jak tau.... apa salahnya kali ini kita buat aktiviti luar biasa sikit... Jadi kali ni sia kongsikan kisah hadiah perkahwinan dari suami yang memang membuka mata dan hati.. cheh cheh romantik la ni kunun :D


Seperti yang dikongsikan dalam entri yang lepas, kami pergi ke Bali selama 10 hari dan tinggal di chalet yang murah-murah saja. Ini kerana kami berdua memang jenis simple dan lebih suka kepada pengalaman baru, jadi hotel yang dipilih tu asalkan selesa dan bersih cukuplah. Saya ada tulis tu harga hotel dan lokasi. Click di sini ya.

Jadi Encik Suami berabis pujuk sia untuk cuba diving. Untuk pengetahuan, saya ini indak berapa bagus berenang. Waktu kici-kici dulu ada juga ambil kelas berenang tapi bila besar ni, memang indak pandai lah. Pendekkata, setakat 10 minit di swimming pool indak lemas lah, itupun kalau kaki boleh jejak lantai! haha.

Jadi bayangkan perasaan seram saya tu bila dipujuk-pujuk oleh suami. Dia bilang best. Iyakah?!! Saya ni terbayang terus kena makan Makhluk Turtle Monster, Shark, Jaws, sengatan Jellyfish atau Octopus yang membelit saya sehingga mati.... ok terover pula imaginasi kan. Akhirnya saya setuju walaupun Ya Tuhan takutnya saya...!!!!





 Tapi kan, Masya Allah.. kecantikan di bawah laut tu betul-betul buat saya terpukau ooo..! Sudahla saya mimang sukakan haiwan dan alam semulajadi, maka aktiviti ini memang membuatkan saya jatuh cinta dengan underwater life. Baru lah kita nampak depan mata sendiri keindahan alam ini, dengan haiwan-haiwan yang comel, cantik, bergaya dan macam-macam lagi lah.  Peringatan - hormatilah alam sekita dan sewaktu diving, JANGAN membuang sampah, ambil hadiah, kacau haiwan, sakiti haiwan, ubah persekitaran. Saya garang ni!!

Jadi, berminatkah kamu? Selepas saya kasi takut dan kasi marah lagi, kau mau jugak?

Bah, marilah......





1. Pilih lokasi yang murah dan sesuai

Bah, janganlah pigi Europe kah... sudahla mahal, bukan cantik dia punya laut tuh! Sejuk lagi!

Saya pun bukan tau betul tapi antara lokasi menarik yang boleh saya rekomen adalah Indonesia (Bali), Philippines (Palawan), Thailand (terlampai banyak tempat) dan Malaysia. Jangan pula kau indak tau Sabah antara destinasi paling best di dunia.. tapi kalau masi beginner tu kau buat di KK dulu aa. Sipadan tu nanti dulu.

 
 2. Cari syarikat yang sesuai

Sudah pilih lokasi kan. Jadi lepastu mau pilih antara syarikat yang buat Open Water Course. Kiranya kau dapat lesen mau berdiving la ni. Ada dua jenis: PADI dan SSI. PADI lagi mahal. Saya ambil SSI walaupun PADI tu lagi femes.

Selepas tu, ini step paling penting. Baca review di TripAdvisor dan mana-mana forum atau blog tentang syarikat pilihan. Jangan malas ah. Mahal tidak semestinya bagus, tapi ini melibatkan nyawa dan keselamatan kamu, jadi pilihlah yang sudah direview oleh orang sebagai syarikat yang bagus.

Di Bali (Amed), kami ambil Adventure Divers. Dorang ni juga tempat kami sewa chalet murah dan paling best. Harganya USD230 untuk Open Water Course. Tengok website dan harga dorang di sini.

http://www.adventurediversbali.com/prices.html

3. Mulakan berdiving!

Setiap kursus biasanya disertakan 5 dive percuma. 2 dive yang pertama kiranya macam kau belajar asas keselamatan. Bagi saya ini part yang agak stress sebab kau belum biasa, tapi bila sudah mula diving yang betul-betul tu memang kau akan terlupa perasaan takut sebab terlampau seronok tengok ikan dan coral. Best oooo!!!

Bila kursus tamat boleh la ambil pakej diving 1 kali, 2 kali.. pastikan insurans ada sekali ok! Saya rasa penting juga selepas kau belajar diving tu untuk practice la lagi 2-4 kali supaya biasa. 

 Akhir sekali, jangan lupa bawa pakaian yang sesuai (boleh e-mail bah syarikat tu tanya baju mcamana boleh pakai), ubat mabuk laut (saya la tu haha) dan sunscreen.

HAPPY DIVING!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...