Friday, June 20, 2014

Prosedur perkahwinan dengan bukan warganegara Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah

OK, kali ni saya mau share prosedur perkahwinan pertama antara orang Sabah (perempuan) dan bukan warganegara (lelaki). Prosedur ni sedikit rumit, jadi kalau kita tinggal berjauhan dan ada masa yang singkat saja untuk menguruskan hal-hal dokumen, lebih baik baca post ini dulu.

Masa saya di kaunter, ada beberapa masalah yang saya lihat dilalui oleh bakal pengantin  - antaranya warganegara asing mengambil dokumen salah daripada kedutaan dan juga tidak tahu step-step especially termasuk bahagian imigresen. Jadi memang pening. Salah seorang bakal pengantin dari Perancis (perempuan) macam mau menangis suda.. saya tengok bakal suami dia tidak rajin bertanya kepada pegawai dan si perempuan pula tidak fasih bahasa Melayu, kesian ooo. Dia pula (yang perempuan) ke sana ke sini mencari penyelesaian.

Sebelum saya teruskan, ini catitan pengalaman saya memohon kebenaran berkahwin. Saya dan bakal suami (pada masa itu) kedua-duanya bekerja di Vietnam dan hanya pulang ke Sabah untuk berkahwin. Jadi kalau bakal suami bukan warganegara bekerja di Malaysia mungkin ada kelainan sikit dalam proses permohonan itu.)

Anyway, ini step-step yang perlu dibuat.


Prosedur memohon kebenaran berkahwin (pertama kali) antara orang Sabah dan bukan warganegara Malaysia

Yang perlu buat awal-awal:
  • Bakal suami yang bukan Islam perlu memeluk Islam dan mendapat kad pengesahan beragama Islam
  • Daftar untuk kursus pra-perkahwinan di Mawaddah, Wisma MUIS (hanya wajib utk warganegara Malaysia, tidak wajib bagi bukan warganegara) - masa ni Mawaddah berkeras bilang wajib untuk bukan warganegara tapi di website JHEAINS tidak menyatakan wajib dan bila saya kahwin memang diluluskan. Kenapa bakal suami tidak pergi? Kerana kursus diadakan dalam bahasa Melayu dan saya tidak nampak apa sebabnya dia perlu berkursus 2 hari di dalam bahasa yang dia tidak faham. Kalau ada kursus di dalam Bahasa Inggeris memang saya suruh dia pergi (dengar-dengar di KL ada).
Nota: Kursus pra-perkahwinan diadakan selama 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad. Banyak ilmu yang berguna dan kebanyakan penceramah menyampaikan ilmu dengan banyak cerita yang lucu dan menarik. Makanan disediakan. Pakai baju kurung dan tudung. Booking awal-awal sebab kadang-kadang kursus itu penuh.. nanti terpaksa pergi ke tempat yang jauh pula untuk hadir ke kursus yang ada kekosongan. Rujuk jadual di sini --- > klik sini.
  • Bagi bukan warganegara, dapatkan surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan negara asal  
Nota: Masa ni kami surfing di website mencari cawangan kedutaan. Kami e-mail ke cawangan berkenaan untuk tanya kalau diorang boleh bagi surat ini. Alhamdulillah jawapan yang diberikan cepat dan pantas serta sangat membantu. Jadi kami tidak perlu ke KL untuk pergi ke kedutaan British. Juga di bangunan itu ada lawyer sebagai Suruhanjaya Sumpah jadi tidak perlu ke dua tiga tempat untuk mendapatkan tandatangan.


(
Office of the Honorary British Consul, Kota Kinabalu (Sabah) Tel: 088-253 333 Email:   peter.mole@pekah.com) <--- hanya untuk warga negara British sahaja







  




Langkah-langkah memohon kebenaran berkahwin:

Tips: Sila pakai pakaian semi-formal dan sopan ketika berurusan. 
Tips: Rajin-rajinlah banyak bertanya kepada pegawai.

1. Ambil borang permohonan di JHEAINS di Tingkat 4, Wisma MUIS  - ambil DUA utk bakal suami dan bakal isteri dan bayar RM5 seorang / RM10 dua orang


2. Pergi buat ujian HIV dan Thalassemia di hospital atau klinik dan dapatkan Laporan Kesihatan - bawa borang permohonan kahwin. Percuma bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pemegang passport. Kami buat di Klinik Luyang: hanya pada Isnin dan Selasa sahaja. Rabu di sebelah pagi sahaja. Lebih baik telefon untuk appointment (088-715 000). Parking lebih baik kamu parking di kawasan perumahan dan jalan kaki ke tempat ini. Nurse semua mesra.
 
3. Dapatkan tandatangan Ketua Kampung atau Majikan menyatakan kita masih bujang (hanya utk warganegara Malaysia) - oleh kerana saya tidak kerja di Malaysia, saya meminta tandatangan Ketua Kampung di dalam borang. Itu sahaja.

4. Dapatkan satu borang untuk sahkan passport bagi tujuan berkahwin di Tingkat 4, JHEAINS, Wisma MUIS. Kemudian pergi ke Imigresen di Jalan UMS untuk sahkan passport- ini part paling sakit kepala sebab prosedur tidak dinyatakan di mana-mana website atau diberitahu. Kena balik-balik tanya di kaunter. Mujur saya sekarang tulis di blog, kan? :D
Bawa gambar passport 2 keping dan isi borang untuk kedua-dua pasangan pengantin dan salinan IC dan salinan helaian di dalam passport. Kalau tidak sempat, ada tempat di bahagian bawah utk ambil gambar dan fotostat tapi kena beratur lama juga.
Boleh dapat surat dalam 3 hari.




5. Sahkan salinan IC di JPN - hanya dibuat di Jalan UMS, semasa saya mau kahwin tu tidak boleh dibuat di one stop center yang dekat MUIS tu). Salinan IC saksi tidak perlu disahkan (saya punya diterima dan selamat bernikah sudaaa). Prosedur cepat di bahagian ini.



6. Sahkan kad memeluk agama Islam di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma Muis.
Bawa salinan passport dan salinan kad memeluk agama Islam.

7. Sediakan salinan surat nikah ibu bapa bagi anak pertama (boleh disahkan di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma MUIS)


8. Sediakan salinan IC 2 orang saksi lelaki dan salinan IC wali.


9. Hadir ke kursus pra-perkahwinan dan dapatkan sijil kursus
Sijil kursus kadang-kadang diberi terus. Dalam kes saya, tidak diberikan pada hari yang sama dan diberikan kebenaran untuk menghantar sijil selepas pernikahan. Gunakan resit sebagai bukti kehadiran ke kursus.




10. Kepilkan semua dokumen ke borang permohonan kahwin dan hantar ke JHEAINS (lupa sudah pejabat mana satu, bahagian pendaftaran nikah barangkali di Tingkat 1 atau 2) , Wisma MUIS sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan. Nanti nombor telefon jurunikah akan diberikan dan kita yang call dia untuk tetapkan masa.





syukur... selamat sudah!




Rasanya itu sahaja yang diperlukan. Kalau ada yang terkurang minta maaf ya, kita kongsi pengalaman. Boleh beritahu saya kalau ada kesilapan maklumat. Akhir sekali, semoga dipermudahkan urusan dan saling bertolak ansur dengan pasangan. Jangan stress dan panik macam saya, ya heehee.





Rujukan:
JHEAINS:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu. 
No Telefon:
  • 088-217629 / 088-217259 / 088-224279
  • 088-217759 / 088-212964 / 088-222436

33 comments:

  1. Trima kasih untuk information,sangat2 berguna..btw ada sikit xfaham step3 trus ke 5!! 4 selepas 5,so sy maw tau step yg salah ka or no sja yg salah?�� btw tq so much sedikit sebanyak pengalaman kmu dpt membantu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Itulah bah.. lemah Matematik betul... nanti saya kasi betul.. salah numbur hehehe.. tengkiu kasitau XD

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ..bleh tumpang tnya ka??

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ..bleh tumpang tnya ka??

    ReplyDelete
  6. -salam-
    Salinan I/C wali perlu disahkan juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      X payah.. Tp utk maklumat terkini boleh tny di JAIS

      Delete
  7. Enter your comment...assalam..nk tnya..brpa yea byr dnda dftr lewat kwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      ni utk perkahwinan di luar negara ka? Yang ini minta maaf tapi saya tidak tau kerana saya kawin di Malaysia.

      Delete
  8. Assalam and hai dik. Memang merumitkan berurusan dengan jabatan agama (muis) di sabah ni. Skrg kakak dan bakal suami dilema. Kami berdua pernah berkahwin dan sekarang sdh kembali bujang dan alhamdulillah bertemu dengan pasangan baru yang saling memahami. Undang2 baru MUIS skrg ialah,kalau pasangan dari daerah luar kk,perlu memohon dari muis daerah masing2 . Saya dari labuan jadi hanya perlukan surat dari majikan. Tapi yang sakitnya,muis dari pohak lelaki perlu menunggu 3 bulan hanya untuk mengeluarkan surat permohonan kahwin luar daerah. Selagi tak dapat surat permohonan tersebut,tok kadi tak akan proceed dengan akad nikah. Bukankah BODOH tu. Skrg kami dah berjumpa dengan lebij 4 orang juri nikah dan semua takut kena denda kalau menikahkan kami. Sekarang saya baru faham kenapa ramai yang kahwin di siam atau ke Tarakan. Sistem.dan akta manusia yang bodoh dan menyusahkan semua hamba Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. oh kesiannya, saya memang stress menguruskan document sebab takut ada yang tersangkut sedangkan booking dewan dan catering sudah dibuat.. sangat memahami..

      adakah boleh tanya pegawai yang lagi senior? Mana tau kadang2 dorang ni boleh dibawa berbincang. Mohon kak sabar ya.,.. insya Allah ada hikmah di sebalik semua ni. Semoga dipermudahkan urusan kak.. Amin

      Delete
    2. salam sis Free Home, sis plan nikah di mana tu smp bgt? kawen di MUIS ka? saya ada tanya dorang kalau dua2 kerja di kk dan mau bernikah di kk jg tidak perlu surat tu.. tapi tidak tau la kalau saya silap.

      Delete
  9. Asslmkm. Macam mana Tu Kalau warganegara pilipina perlu ikut krusus khwin juga ka lalaki/perempuan. Dan Kalau tiada wali mana mau cari waklah wali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws. Kalau pasangan faham bahasa Melayu sangat dianjurkan ikut kursus tu. Byk ilmu yg bole kamu dapat.

      Kalau tiada wali cuba rujuk kepada MUIS, rasanya ada wali hakim tapiaya tidak tahu prosedur itu.

      Delete
    2. Ws. Kalau pasangan faham bahasa Melayu sangat dianjurkan ikut kursus tu. Byk ilmu yg bole kamu dapat.

      Kalau tiada wali cuba rujuk kepada MUIS, rasanya ada wali hakim tapiaya tidak tahu prosedur itu.

      Delete
  10. salam sis, kad memeluk islam tu perlu disahkan ka? mau sahkan di mana tu? sebab dalam borang ni tiada pula dinyatakan perlu disahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. sorry sangat2 saya tidak perasan soalan kamu nie. Kalau tidak silap saya la, (prosedur tahun 2014), kamu diminta serahkan kad memeluk islam tu di pejabat MUIS juga, cuma bukan di tingkat mendaftar perkahwinan.

      Pegawai tidak akan beri step-step kecuali bila betul2 memerlukan.. jadi kamu yang kena tanya 1001 soalan pada pegawai di pejabat pendaftaran perkahwinan. Soalan yang tidak mengna pun saya tanya jak semua.. dorang akan akhirnya terangkan full steps.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Ty for the information. Well now, i need solution who can be my WALI except my family. Because i dont know where ia my family right now. Sad right. Btw ty fr the information.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Some of the information has changed a bit I think.. as in the application can be done online. As for Wali, I heard you can use WALI Hakim but only after you've advertised for your Wali Sah. I'm not too knowledgeable about this. Please don't give up!

      Insya Allah for every problem there is a solution - I pray for your happiness and may you lead a fulfilling life.

      Delete
  13. Assalamualikum,bakal pasangan sya warga Philippines dan tidak memahami atau bertutur bahasa melayu, perlukah dia mngikuti kursus pra perkahwinan tu ?

    ReplyDelete
  14. Salam.. maaf ya kalau saya menyibuk sikit.. orang rumah dari mana tu? Suami Saya tidak mengikuti kursus kahwin tetapi dia memang sudah pun membaca Quran terjemahan dan memahami isi kandungannya. Bagi says, usahakan supaya pasangan boleh menghadiri kursus - ilmu itu satu senjata yang cukup baik until mengharungi dunia perkahwinan. Contohnya boleh pergi ke KL untuk kursus Bahasa inggeris atau minta kawan teman dia until terjemahan.

    Harap jangan kecil hati ya, sebenarnya saya memang nampak bagusnya kursus itu dan cuma berharap yang terbaik until Kita semua. Peace!! ^^

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum.. semasa proses utk memohon wali hakim, cik ada bayar rm150 ka? Tujuan utk pengiklanan?.. saya kurang faham bab ini..

    ReplyDelete
  16. Hi sis , kalau non Muslim apa yang perlu tu arr kalau mahu register kahwin.Suda buat tunang d kampung, Ada suda Surat dari ketua kg tingal hantar tu borang d JPN shja tapi saya tidak tahu document apa yang mahu bawa untuk foreign British.

    ReplyDelete
  17. Assalamualikum sis saya bakal berkahwin dengan warganegara america tp satu apapun saya tidak tahu apa nak buat sbb saya tdk ddk di sabah lagi pulak bakal suami next month baru nak dtg ke malaysia lagi satu perkahwinan ne di rancang on december ntah kenapa tetiba nak nikah next month...persoalannya skrg mana mahu cari kedutaan america di sabah untuk memohon surat kebenaran perkahwinan itu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. Kalau seseorg itu warganegara mlysia ttpi tdk mempunyai mykad krana mslah drpd jpn trllu lewat dan ingin mengambil kursus kawin dengan menggunakan surat lahir boleh dibenarkan??

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum .. ada apa2 dokument yg d perlukan kah sekiranya pasangan kita bkn warganegara. sebab hr tu bil tnya dorg infrm yang dorg perlukan dokument dr tmpt pasangan kita .. tp tdk d nyatakan apa dokument yg d perlukan .

    ReplyDelete
  20. Hi sis. Mcm mna pula klw may u kawin di luar negara? Perlu minta izin sma jabatan agama islam tu kan? Sis tau ka mcm mna cra dia tu minta permohonon khwin di luar negara.. Huhu

    ReplyDelete
  21. Hai.. Baru jumpa blog ni. Mcm mna pula dgn kes berkahwin di luar negara ? Sama jg ka tu ya ? Huhu

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..sya nk bertnya..sya pemegang my pr dan merancang berkahwin dgn org Pakistan..mcm mana caranya??

    ReplyDelete
  23. Aslmualaikum nk tyne skit sy sbgai warga asing .bkal istri sya org sabah .kmi dia siap urus smua .tgal nak kawin nga apply visa .jdi tjuan sy nk tnya nie pasal surat bujang sy tgal barap hari nk mati pasal ndk bole brurusn pasal virus nie adakan muis bgi klongagran sikit pasal surat bjang nk mati .buat mcm mna ..kawain d pjabat muis .wlaupon surat bjang tmat mati

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...