Hari ini terfikir mo bagi cadangan dan lokasi bulan madu. Bulan madu ini indak payah pun canggih-canggih sangat, yang penting kita cipta permulaan perkahwinan dengan kenangan yang indah dan pengalaman yang menarik. Jadi bila masa akan datang, boleh la duduk berdua-duaan di hujung usia sambil bernostalgia menyelam memori gitu. Heh.
OK.
Pertama, tentukan minat kamu.
Suka adventure kah, budaya kah, shopping kah.
Saya dan suami memang mula-mula berjumpa sebab punya minat yang sama, iaitu travelling. Kami berdua memang jenis tidak kisah dan simple, yang penting kami dapat menjelajah tempat yang baru, cuba makanan yang best-best, dan menyelami budaya tempatan.
Kedua, tentukan bajet.
Mau yang mahalkah? Yang murahkah? Di tengah-tengahkah?
Di sini saya cadangkan guna website seperti www.agoda.com atau www.booking.com untuk cari hotel yang menepati bajet dan citarasa. Pastikan kamu tinguk juga review website, apa komplen tentang tempat tu dan apa kelebihan di tempat tu.
Ketiga, survey la kos perjalanan.
Jadi kebiasaannya kita berbulan madu di tempat yang jauh sikit. Walaupun dalam negara kita pun, biasanya tempat yang jauh la, sampai boleh naik kapal terbang. Macam Langkawi ka, bagi orang Semenanjung pula, ada yang datang ke KK. Jadi, surveylah harga di website MAS, AirAsia dan Malindo. Mo dapatkan harga murah tu susah juga mo kasi tips, kebiasaannya cubalah booking lebih 60 hari sebelum terbang. Tapi kadang-kadang tu dekat-dekat dengan tarikh departure pun boleh dapat murah. Ikut nasib.
Keempat, tempoh bulan madu
Kalau tempoh pendek, bolehla berbelanja lebih sedikit. Tapi kalau mau lama-lama sikit, lebih baik pilih penginapan yang lebih mesra dengan poket ah. Bukan juga kamu lama-lama di hotel tu. Mesti banyak berjalan. Ataupun! Ataupun! Bahagi masa antara hotel yang best selama 3 hari dan selebihnya di hotel yang biasa saja.
Tempat yang paling saya suka kalau dalam Malaysia adalah Kuching.
Rainforest Music Festival 2012 Damai Beach |
Semenggoh Wildlife Centre |
Bagi saya Kuching best - makanan best, budaya best, lifestyle bersahaja, coffee best, wildlife best. Semualah.
Kalau luarnegara pula, saya memang cukup jatuh cinta dengan Bali. Sudah pergi 5 kali bah. Melampau kan.
Untuk makluman, saya ini seorang yang sempoi bila travelling. Di Asia Tenggara, saya sudah pergi ke Cambodia, Vietnam, Thailand, Laos, Philippines dan Indonesia. Kalau mau jimat kos, naik jak bas atau ojek, dan tinggal di hotel2 murah backpackers. Selalunya kos hotel saya RM16-RM30 satu malam.
Sewaktu honeymoon kami, kami pergi ke Bali (Ubud dan Amed) selama 14 hari.
Di Ubud, kami tinggal di Villa Mandi.
Villa Mandi |
Villa Mandi |
Belanja la lebih sikit, keke, dalam RM90 satu malam. Bilik yang disediakan sangat best, damai dan cantik, saya rasa memang berbaloi dengan harga tu, lebih dari berbaloi sebenarnya!
(Tips: Jangan ambil Vila yang sebelah sawah padi tu. Indak sesuai utk honeymoon sebab kurang bersih. Lebih sesuai utk mereka yang mau suasana kampung sebagai pengalaman baru).
Di Ubud kamu boleh pergi melawat Goa Gajah dan beberapa tempat lain lagi (saya suka betul Goa Gajah tu), dan bandar Ubud banyak kedai-kedai best jual baju cantik-cantik dan juga makanan organik. Peminat yoga pun boleh ambil kelas yoga sebab bandar ini memang terkenal sebagai pusat yoga. Ubud ini dikelilingi sawah padi yang sangat subur dan cantik mata memandang.
Goa Gajah |
Di Amed pula, tempat ini agak terpencil dan sunyi. Tapi kami suka, malam-malam kami jalan kaki dari restaurant ke hotel kami, sambil tinguk-tinguk langit tanpa bersuluhkan lampu jalan. Cantik betul, boleh nampak bintang-bintang dilangit bagaikan Star Wars! Romantik ok, walaupun kami hanya berselipar jepun berdiri di tengah jalan yang gelap gelita, tapi bagi aku itulah antara pengalaman yang indah.
Di Amed, kami tinggal di Giri Geria Shanti Bungalows.
Vila ini kurang mewah berbanding dengan Vila Mandi, tapi layanan mereka top class! Minta jak air buah bila-bila masa.. FOC dorang datang hantar! Tempat ini juga tempat diving, jadi kalau mau ambil kelas diving.. tinggal jak di sini terus. Dorang ni sangat caring dan boleh rekomen restaurant best-best di sekitar Amed. Memang best pun apa yang dorang rekomen tu.
Di Amed, tempatnya cantik untuk snorkeling. Indak banyak aktiviti di sini, tapi juga ada tempat yoga dan kalau naik motor drive keliling kampung pun ok juga. Kalau indak silap, di sini kami bayar RM60 satu malam. Kalau indak silap laaa!!
Jadi jangan ingat bulan madu ini perlukan duit ribu-ribu ringgit aaa, keep it simple.
Semasa di Amed saya rasa bahagia betul, kami pergi diving, snorkeling... petang-petang saya pigi yoga dan suami pergi try photography.
Diving di Amed bersama Encik Baraccuda |
Akhir sekali, kalau tidak mahu keluar dari negeri Sabah.. apa salahnya berbulan madu di Sabah jak? Kami juga ada bercuti bersama keluarga suami di Kundasang, Papar dan Kota Belud selama 7 hari. Best. Insya Allah saya akan tuliskan tentang bercuti di Sabah pula.
No comments:
Post a Comment