Thursday, April 3, 2014

Memilih make up artist untuk hari perkahwinan

Assalamualaikum


Hari ni mo cakap pasal trick-trick memilih make up artist supaya nampak elegant dan bergaya di majlis perkahwinan kita.

Pertama, kita mesti tahu macamana penampilan kita pada hari istimewa itu. Ada yang mau dramatik, ada yang mau sexy, ada yang mau sweet, dan macam-macam lagi lah.  Juga berapa budget kita.

Saya nampak trend brides ni kebanyakan mereka mahu kelihatan dramatik dan lain daripada yang lain. Terpulang kepada empunya badan, tapi bagi saya... ini adalah sebuah majlis yang dijalankan sekali seumur hidup, dan gambar-gambar ini akan ditatap sampai bila-bila. Jadi kita sepatutnya memilih make up yang paling sama dengan wajah kita yang sebenar.

Ini kerana bila kita tengok gambar tu semula, takkan la pula hubby kita seolah-olah berkahwin dengan orang lain, bukan? Jadi buat lah makeup dramatik untuk majlis yang lain.. contohnya Annual Dinner company, atau kalau kemaruk sangat buat jak photoshoot private dengan makeup dan posing macam2.. puas hati pun.


Kedua, kita boleh search makeup artist di Google atau Facebook, atau melalui cadangan kawan-kawan. Contoh keyword yang boleh digunakan ialah:

makeup artist, <tempat> /  MUA, <tempat>/ makeup <tempat> / bridal makeup <tempat>/

contohnya kalau di Kota Kinabalu, boleh google keyword:
makeup artis Kota Kinabalu
MUA Kota Kinabalu
makeup Kota Kinabalu
bridal makeup Kota Kinabalu

Bila jumpa blog atau Facebook page jurusolek tu, boleh la kita busybody sikit menengok client-client dia. Jangan tertipu dengan gambar AFTER ya! Mesti tengok BEFORE dan juga AFTER. Antara tips yang boleh ditengok apabila menilai hasil kerja make up artist:

1. Wajah asli dan wajah selepas dimake up tidak berbeza ketara. Muka pengantin cuma kelihatan lebih segar.
2. Warna kulit muka selepas di makeup tidak berbeza dengan leher. Jangan pula ada yang muka putih leher hitam... kikiki. Sebolehnya warna kulit sama seperti sebelum di make up.
3. Makeup di mata tidak 'keras', jadi indak nampak pengantin garang. Boleh dilihat ketebalan eyeliner especially di bawah mata.. dan paling penting cara dia blending eyeshadow.
4. Bentuk kening.. jangan pula terlampau garang macam mak tiri!
5. Boleh tanya makeup brand apa yang dia gunakan. Jangan pula ada yang tiruan :(
6. Makeup tidak terlalu tebal sampai nampak macam satu inci di muka pengantin, ataupun nampak garis2 foundation terutama di bahagian mulut pengantin.
7. Setelah jumpa makeup artist yang rasa sesuai, pastikan tanya secara terperinci kos-kos yang terlibat! Juga mesti ada trial. Nah highlight lagi sebab memang penting.

Antara perkara yang perlu diketahui bila tanya makeup artist:
  • Jenis makeup yang digunakan, berapa lama tahan
  • Minta total package price - contoh: solekan + hair style + accessories/ pasang tudung dan trial
  • Tanya kos makeup untuk extra person - kadang2 dapat free atau harga murah sikit untuk ibu atau pengapit / adik beradik
  • Mesti termasuk kos pengangkutan ke rumah kita
  • Kadang-kadang MUA akan bagi extra things contohnya facial, free trial, dsb.
  • Berapa kos kalau stay back untuk fresh up make up tu.
Tapi yang paling penting adalah hasil kerja MUA itu sendiri, jangan pula ambil yang murah atau yang bagi banyak free sedangkan hasil kerjanya tidak seberapa. Saya rasa makeup antara yang paling penting kerana bila kita cantik, kita rasa confident dan happy, bila ambil gambar walaupun pakai handphone saja pun kelihatan cantik. :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...