Monday, May 18, 2015

Kurus oh kurus!!

Salam semua,

maaf ya lama pula indak posting di sini. Saya sedang berdiet bah. Terover makan bercampur kebahagiaan perkahwinan. Sampur lagi perbezaan budaya jadi kalau New Year dan Christmas kami melawat keluarga sebelah suami  (MAKAN!) kemudian Hari Raya kami ke KK (MAKAN!) makanya saya pun sudah naik lagi 3kg sejak berkahwin.

Sewaktu planning mau kawin tu saya memang makan banyak supaya boleh build muscle. Malangnya pada waktu itu saya tidak cukup pengetahuan dan hantam-hantam jak makan sesuka hati. Hasilnya saya naik berat sebanyak 3kg (54kg) walaupun tidak teruk dan masih muat semua baju-baju yang saya pakai sewaktu 48kg.

Selepas kahwin itulah, macam-macam pula berlaku dan holiday indak habis-habis. Sekarang saya 57kg (Aduhh!) dan ramai juga kawan-kawan bilang tidak nampak macam 57kg. Betul juga tu sebab saya  buat strength training. Tapi,mulai suda ada baju yang indak muat.


Jadi, nanti bila saya lebih banyak ilmu pasal menguruskan badan saya share di sini ya!

Sebenarnya mau buat post pasal tempat-tempat cantik mo ambil gambar untuk outdoor shooting bah ni. Tapi mood tu indak datang. Saya yakin bila saya turun balik 48kg mesti ada tu byk idea kreatif. Haha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...