maaf ya lama betul indak menulis di sini. Urusan kerja yang sangat memerah otak aku ni bah, tapi harap-harap selepas ni ok sudah sebab terbiasa sudah kali. Harap-harap lah! Ditambah lagi suami jatuh sakit, dan kemudian aku pulak sakit.. Adehhh.. Dugaan betul. Sudahla tinggal di negara orang. Nasib baiklah ada suami menjadi teman, kalau indak sendiri-sendiri jakla menjaga diri sendiri kan. Sandi juga.
So kalau kamu mencari-cari idea untuk honeymoon, ada saya share tips untuk memilih tempat dan juga mencadangkan aktiviti supaya lain dari lain gitu. Tapi ada juga orang yang takut mau naik kapal terbang lah, takut air lah, malas bikin passport dan sebagainya.
Antara tempat yang paling cantik yang saya pigi, numbur satulah di hati sebagai traveller tegar, tetap di Sabah. Dan ini bukan kerana saya terlampau patriotik ka apa ka.. memang secara jujur sangat cantik tempat ni.
Sebelum kita mulakan, saya mau share dulu lah bahawa tempat ini memang mahal sedikit. Bah, mau cantik-cantik tapi free mana boleh! Mesti ada tukang jaga.. lagi-lagi kalau rakyat kita ni suka buang sampah, kin panas jak!
Tempat ini memang menjadi tumpuan orang putih untuk honeymoon. Tapi apa salahnya kamu pun pergi ke sana.. sedangkan ini kan negeri kita. Apa salahnya kita berbelanja, apatah lagi kalau jarang bercuti makanya kalau diberi peluang sekali saja dalam hidup memang saya akan syorkan tempat ini.
Tempatnya dipanggil Pulau Mataking.
Saya tidak berbulan madu di sana tapi bercuti dengan rakan-rakan. Jadi kami mampu share bilik 4 orang satu bilik, dan itupun harganya masih agak mahal. Kalau indak silap saya, RM600 satu malam (astaga, saya baru check di Internet.. macam RM1600 satu malam?!! betulkah?! bagus kamu pilih tour operator yang betul ya... pandai2 lah kamu).
Tapi tengoklah betapa indahnya lautan itu. Sungguh biru dan jernih, dan tidak sampai 50m tetiba warna laut bertukar menjadi biru tua. Mau tau kenapa? Kerana lantai laut beransur turun mcm ke gaung. Pasirnya berwarna putih dan suasana betul-betul damai.
Di sini boleh pergi snorkelling atau diving. Kami memilih untuk snorkelling sahaja.. malah kalau kamu tengok betul2 tu laut sana boleh nampak ada tali gantung-gantung. Jadi bila ko snorkelling kau tau mana sempadan dan boleh berpaut. Lagipun pakai life vest bah, jadi indak juga takut sangat.
Bila snorkelling, boleh nampak macam-macam hidupan laut. Kawasannya kecil saja tapi kaya dengan hidupan marin yang mengasyikkan... nampak starfish yang beeesaaarr, ikan-ikan berwarna warni dan macam-macam lagi.
Satu lagi tentang resort ini, makanan semua disediakan. Buffet dengan macam-macam jenis makanan. Best oooo... dari Western ke Asian food, semua pilih saja lagi! Sudah kenyang-kenyang tu boleh pigi berjalan di pantai dan menuju ke Pulau Kecil pula. Di sini pantainya landai dan airnya jernih sejernih-jernihnya.
Pulau Kecil |
Di mana ya Pulau Mataking ni? Ianya terletak di Tawau. Disebabkan kawan saya yang uruskan semua untuk kami, maka saya tidak ada contact number. Tapi boleh cari bah di Google tu.
Di Semporna kamu naik bot sehingga ke Pulau Mataking dan akan disambut mesra oleh pelayan-pelayan di sini.
Ya walaupun mahal saya memang sangat syorkan tempat ini... pengalaman paling indah di sini.
Maaf kerana tidak dapat memberikan maklumat tentang tour agency kerana holiday ni pun lamaa sudah saya pigi, lebihkurang 6 tahun lalu dan semuanya diurus kawan saya.
Alfatihah kepada Angah yang begitu baik dan caring menjaga kami. Semoga rohnya tenang di sana.
Hi myname is vivi also from Sabah. Malas mau log out bapa punya tablet so im using his id. I just wanna tell i so agree to your idea and thoughts on wedding. Gonna have a very small and intimate weddinvg nextyear april.these posts really help me a lot! Thanks
ReplyDeleteHi myname is vivi also from Sabah. Malas mau log out bapa punya tablet so im using his id. I just wanna tell i so agree to your idea and thoughts on wedding. Gonna have a very small and intimate weddinvg nextyear april.these posts really help me a lot! Thanks
ReplyDeleteGlad to be of service!! x
ReplyDeleteGlad to be of service! x
ReplyDeleteCasino - MapyRO
ReplyDeleteCasino - New Slot Games found in Casino. Explore the Best and NEWEST 이천 출장샵 Casino Slot Machines to 제주 출장샵 Play in 경기도 출장샵 New Jersey 여수 출장마사지 & PA! · Wild West 정읍 출장안마 Gold Rush