Tuesday, December 8, 2015

Berbulan madu di Sabah (bajet $$$)

Salam semua,

maaf ya lama betul indak menulis di sini. Urusan kerja yang sangat memerah otak aku ni bah, tapi harap-harap selepas ni ok sudah sebab terbiasa sudah kali. Harap-harap lah! Ditambah lagi suami jatuh sakit, dan kemudian aku pulak sakit.. Adehhh.. Dugaan betul. Sudahla tinggal di negara orang. Nasib baiklah ada suami menjadi teman, kalau indak sendiri-sendiri jakla menjaga diri sendiri kan. Sandi juga.

So kalau kamu mencari-cari idea untuk honeymoon, ada saya share tips untuk memilih tempat dan juga mencadangkan aktiviti supaya lain dari lain gitu. Tapi ada juga orang yang takut mau naik kapal terbang lah, takut air lah, malas bikin passport dan sebagainya.

Antara tempat yang paling cantik yang saya pigi, numbur satulah di hati sebagai traveller tegar, tetap di Sabah. Dan ini bukan kerana saya terlampau patriotik ka apa ka.. memang secara jujur sangat cantik tempat ni.


Sebelum kita mulakan, saya mau share dulu lah bahawa tempat ini memang mahal sedikit. Bah, mau cantik-cantik tapi free mana boleh! Mesti ada tukang jaga.. lagi-lagi kalau rakyat kita ni suka buang sampah, kin panas jak! 

Tempat ini memang menjadi tumpuan orang putih untuk honeymoon. Tapi apa salahnya kamu pun pergi ke sana.. sedangkan ini kan negeri kita. Apa salahnya kita berbelanja, apatah lagi kalau jarang bercuti makanya kalau diberi peluang sekali saja dalam hidup memang saya akan syorkan tempat ini. 

 Tempatnya dipanggil Pulau Mataking.

Saya tidak berbulan madu di sana tapi bercuti dengan rakan-rakan. Jadi kami mampu share bilik 4 orang satu bilik, dan itupun harganya masih agak mahal. Kalau indak silap saya, RM600 satu malam (astaga, saya baru check di Internet.. macam RM1600 satu malam?!! betulkah?! bagus kamu pilih tour operator yang betul ya... pandai2 lah kamu).


Tapi tengoklah betapa indahnya lautan itu. Sungguh biru dan jernih, dan tidak sampai 50m tetiba warna laut bertukar menjadi biru tua. Mau tau kenapa? Kerana lantai laut beransur turun mcm ke gaung. Pasirnya berwarna putih dan suasana betul-betul damai.

Di sini boleh pergi snorkelling atau diving. Kami memilih untuk snorkelling sahaja.. malah kalau kamu tengok betul2 tu laut sana boleh nampak ada tali gantung-gantung. Jadi bila ko snorkelling kau tau mana sempadan dan boleh berpaut. Lagipun pakai life vest bah, jadi indak juga takut sangat.

Bila snorkelling, boleh nampak macam-macam hidupan laut. Kawasannya kecil saja tapi kaya dengan hidupan marin yang mengasyikkan... nampak starfish yang beeesaaarr, ikan-ikan berwarna warni dan macam-macam lagi.


Satu lagi tentang resort ini, makanan semua disediakan. Buffet dengan macam-macam jenis makanan. Best oooo... dari Western ke Asian food, semua pilih saja lagi! Sudah kenyang-kenyang tu boleh pigi berjalan di pantai dan menuju ke Pulau Kecil pula. Di sini pantainya landai dan airnya jernih sejernih-jernihnya.

Pulau Kecil


 Di mana ya Pulau Mataking ni? Ianya terletak di Tawau. Disebabkan kawan saya yang uruskan semua untuk kami, maka saya tidak ada contact number. Tapi boleh cari bah di Google tu. 
Di Semporna kamu naik bot sehingga ke Pulau Mataking dan akan disambut mesra oleh pelayan-pelayan di sini.

Ya walaupun mahal saya memang sangat syorkan tempat ini... pengalaman paling indah di sini.
Maaf kerana tidak dapat memberikan maklumat tentang tour agency kerana holiday ni pun lamaa sudah saya pigi, lebihkurang 6 tahun lalu dan semuanya diurus kawan saya.



Alfatihah kepada Angah yang begitu baik dan caring menjaga kami. Semoga rohnya tenang di sana.

 
 

 

Friday, September 4, 2015

Honeymoon ideas : #1


Assalamualaikum..

Jangan terkejut aaa gambar di atas tu! Bukan bersentuhan tu ahaha.. tapi kalau iya pun apa salahnya hehe :P
Ada di antara kita yang sudah biasa melancong dan pergi ke sana ke sini, shopping jak tau.... apa salahnya kali ini kita buat aktiviti luar biasa sikit... Jadi kali ni sia kongsikan kisah hadiah perkahwinan dari suami yang memang membuka mata dan hati.. cheh cheh romantik la ni kunun :D


Seperti yang dikongsikan dalam entri yang lepas, kami pergi ke Bali selama 10 hari dan tinggal di chalet yang murah-murah saja. Ini kerana kami berdua memang jenis simple dan lebih suka kepada pengalaman baru, jadi hotel yang dipilih tu asalkan selesa dan bersih cukuplah. Saya ada tulis tu harga hotel dan lokasi. Click di sini ya.

Jadi Encik Suami berabis pujuk sia untuk cuba diving. Untuk pengetahuan, saya ini indak berapa bagus berenang. Waktu kici-kici dulu ada juga ambil kelas berenang tapi bila besar ni, memang indak pandai lah. Pendekkata, setakat 10 minit di swimming pool indak lemas lah, itupun kalau kaki boleh jejak lantai! haha.

Jadi bayangkan perasaan seram saya tu bila dipujuk-pujuk oleh suami. Dia bilang best. Iyakah?!! Saya ni terbayang terus kena makan Makhluk Turtle Monster, Shark, Jaws, sengatan Jellyfish atau Octopus yang membelit saya sehingga mati.... ok terover pula imaginasi kan. Akhirnya saya setuju walaupun Ya Tuhan takutnya saya...!!!!





 Tapi kan, Masya Allah.. kecantikan di bawah laut tu betul-betul buat saya terpukau ooo..! Sudahla saya mimang sukakan haiwan dan alam semulajadi, maka aktiviti ini memang membuatkan saya jatuh cinta dengan underwater life. Baru lah kita nampak depan mata sendiri keindahan alam ini, dengan haiwan-haiwan yang comel, cantik, bergaya dan macam-macam lagi lah.  Peringatan - hormatilah alam sekita dan sewaktu diving, JANGAN membuang sampah, ambil hadiah, kacau haiwan, sakiti haiwan, ubah persekitaran. Saya garang ni!!

Jadi, berminatkah kamu? Selepas saya kasi takut dan kasi marah lagi, kau mau jugak?

Bah, marilah......





1. Pilih lokasi yang murah dan sesuai

Bah, janganlah pigi Europe kah... sudahla mahal, bukan cantik dia punya laut tuh! Sejuk lagi!

Saya pun bukan tau betul tapi antara lokasi menarik yang boleh saya rekomen adalah Indonesia (Bali), Philippines (Palawan), Thailand (terlampai banyak tempat) dan Malaysia. Jangan pula kau indak tau Sabah antara destinasi paling best di dunia.. tapi kalau masi beginner tu kau buat di KK dulu aa. Sipadan tu nanti dulu.

 
 2. Cari syarikat yang sesuai

Sudah pilih lokasi kan. Jadi lepastu mau pilih antara syarikat yang buat Open Water Course. Kiranya kau dapat lesen mau berdiving la ni. Ada dua jenis: PADI dan SSI. PADI lagi mahal. Saya ambil SSI walaupun PADI tu lagi femes.

Selepas tu, ini step paling penting. Baca review di TripAdvisor dan mana-mana forum atau blog tentang syarikat pilihan. Jangan malas ah. Mahal tidak semestinya bagus, tapi ini melibatkan nyawa dan keselamatan kamu, jadi pilihlah yang sudah direview oleh orang sebagai syarikat yang bagus.

Di Bali (Amed), kami ambil Adventure Divers. Dorang ni juga tempat kami sewa chalet murah dan paling best. Harganya USD230 untuk Open Water Course. Tengok website dan harga dorang di sini.

http://www.adventurediversbali.com/prices.html

3. Mulakan berdiving!

Setiap kursus biasanya disertakan 5 dive percuma. 2 dive yang pertama kiranya macam kau belajar asas keselamatan. Bagi saya ini part yang agak stress sebab kau belum biasa, tapi bila sudah mula diving yang betul-betul tu memang kau akan terlupa perasaan takut sebab terlampau seronok tengok ikan dan coral. Best oooo!!!

Bila kursus tamat boleh la ambil pakej diving 1 kali, 2 kali.. pastikan insurans ada sekali ok! Saya rasa penting juga selepas kau belajar diving tu untuk practice la lagi 2-4 kali supaya biasa. 

 Akhir sekali, jangan lupa bawa pakaian yang sesuai (boleh e-mail bah syarikat tu tanya baju mcamana boleh pakai), ubat mabuk laut (saya la tu haha) dan sunscreen.

HAPPY DIVING!

 

Monday, May 18, 2015

Kurus oh kurus!!

Salam semua,

maaf ya lama pula indak posting di sini. Saya sedang berdiet bah. Terover makan bercampur kebahagiaan perkahwinan. Sampur lagi perbezaan budaya jadi kalau New Year dan Christmas kami melawat keluarga sebelah suami  (MAKAN!) kemudian Hari Raya kami ke KK (MAKAN!) makanya saya pun sudah naik lagi 3kg sejak berkahwin.

Sewaktu planning mau kawin tu saya memang makan banyak supaya boleh build muscle. Malangnya pada waktu itu saya tidak cukup pengetahuan dan hantam-hantam jak makan sesuka hati. Hasilnya saya naik berat sebanyak 3kg (54kg) walaupun tidak teruk dan masih muat semua baju-baju yang saya pakai sewaktu 48kg.

Selepas kahwin itulah, macam-macam pula berlaku dan holiday indak habis-habis. Sekarang saya 57kg (Aduhh!) dan ramai juga kawan-kawan bilang tidak nampak macam 57kg. Betul juga tu sebab saya  buat strength training. Tapi,mulai suda ada baju yang indak muat.


Jadi, nanti bila saya lebih banyak ilmu pasal menguruskan badan saya share di sini ya!

Sebenarnya mau buat post pasal tempat-tempat cantik mo ambil gambar untuk outdoor shooting bah ni. Tapi mood tu indak datang. Saya yakin bila saya turun balik 48kg mesti ada tu byk idea kreatif. Haha!

Monday, March 16, 2015

Macamana mau kurus????

Assalamualaikum frens...

Saya ni dulu-dulu kan.. boleh tahan juga la tembamnya.. bulat jak muka ni..
Ketinggian saya dalam 5' dan sewaktu paling berat saya 61kg. Memang bulat la.. kena pula saya ni indak suka bersenam dan suka makan coklat Snickers. Time-time SPM kan tu.. bah apa lagi, satu minggu 2-3 bar Snickers tu sia makan.

So, anyway, hari ni sia share tips paling terbaekkk untuk kasi kurus badan dan juga kasi tagap sikit tu badan.



Kawan-kawan sekolah saya semua terkejut bah jumpa sia zaman uni dan zaman kerja sebab saya kurus. Ramai yang puji jadi cantik dan ramai juga yang risau tinguk muka saya cengkung dan bilang saya terlampau kurus. Saya geram juga la masa tu sebab saya rasa macam normal jak, makan pun macam biasa, mentang-mentangla saya dulu gemuk terus ko rasa macam saya indak normal kan kalau kurus.

Anyway, selang sepuluh tahun kemudian, dan berat badan saya yang 8kg lebih berat (kembali kepada berat zaman gemuk, tapi saya tidak gemuk.. ajaib kan!) .. baru sekarang saya rasa waduh kenapa la saya terlampau kurus juga dulu!

Tips kurus melampau?

* jangan makan
* jadi aktif melampau
* kurangkan tidur
* kalau ada breakup lagi ngam, bikin lagi kurus

Keburukan diet begini:
- rambut gugur
- kulit kusam, lebam bawah mata
- laparrrr jak, kurang keyakinan diri
- badan indak tegap, so lengan masih besar tapi perut sudah habis kempis
- perut walaupun kempis, tetap menggeleber dan tidak nampak fit 
- gastrik



Jadi, keseluruhannya, pada waktu ni saya memang sangat aktif bersukan dan bersosial, tapi pada masa yang sama kurang keyakinan diri, gastrik dan nampak tidak fit.




Fast forward ke beberapa tahun selepas itu.



Sekarang saya 54kg. Saya masih tidak fit, tapi saya makan lagi banyak.
Bila saya makan banyak dan bersukan, badan saya mudah membina otot.
Bila saya bina otot, saya jadi lebih curvy dan 'ternaik'.
Walaupun ada part-part badan yang lebih besar dari dulu, tapi keseluruhan saya lagi happy dengan bentuk badan dan indak berapa high-maintenance macam dulu.


Pada masa yang sama, disebabkan umur saya ni pun sudah dalam 30-an, saya tau saya 'melabur' untuk masa depan. Bukan saja dari segi luaran, tapi badan kita memerlukan otot dan tulang yang kuat untuk kehidupan yang sihat. Percaya ka masih boleh nampak fit walaupun sudah umur 80-an???



Ernestine Shepherd, 77 years old
source: pinterest

Nek, lawa lagi badanmu dari aku. T_T


Kalau badanmu chubby atau kurus, sila buat weight-training. Angkat berat atau sekurang-kurangnya body weight training. Join gym ataupun belajar sendiri-sendiri dari Youtube. Saya mulakan dari Chalean Xtreme (di tengah-tengah). Boleh download dari torrent tu. Jogging adalah optional, ikut orang - ada yang memerlukan dan ada yang tidak.

Pengalaman sendiri:- Saya tidak perlukan jogging, bila saya buat weight training 30 minit X 2-3 seminggu mudah mau maintain berat badan tapi saya masih fobia gemuk jadi saya kadang-kadang jogging juga.


Kalau badanmu besar sikit, saya bukan terer mo bagi nasihat. Lebih baik ikut pakar.
Masih sangat disarankan buat weight training bersama cardio. Tapi mesti buat pemeriksaan dengan doktor dulu.



Antara aktiviti lain yang boleh kasi tegap sikit badan:

- Power yoga, vinyasa yoga, ashtanga yoga (Ashtanga hanya untuk yang sudah power) (www.gokulyoga.com/)
- Capoeira (di Sabah boleh pegi Karabaw Gym.. FB link: https://www.facebook.com/MSCSabah)
- Gym (please ambil personal trainer kalau tidak tahu weight training)
- Rock climbing (ada berdekatan Kompleks Sukan Likas, FB link: https://www.facebook.com/climbsabah)
- Body weight training (kalau masih beginner, harus menuju ke arah weights juga ya)
- Kick boxing (Karabaw gym ada tu)
- Bootcamp (FB Link: https://www.facebook.com/groups/cobcmalaysia/ ) Maaf tidak tau kalau di Sabah.
- Join Malaysian Fitness Ladies group di FB untuk inspirasi. (FB Link: https://www.facebook.com/groups/512407618803052/)



Aktiviti yang menguruskan badan tapi tidak tagap:
- Jogging, badminton, diet, cycling


Yang penting kan, kamu pilih la aktiviti yang paling selesa untuk tahap kesihatan dan badan idaman kamu, kadang-kadang apa yang works for me might not work for you. Selamat menguruskan badan sambil menjaga kesihatan ya lovelies.

p/s: JANGAN DIET KURANG DARI 1400 CALORIES SEHARI!

p/p/s: Mulakan setahun dari tarikh perkahwinan dan yang penting, dedikasi :) Good luck.

54 kg, 150cm
2014 - Program: ChaLean Xtreme
(update 2015 - Current program: Strong Curves)



Friday, January 23, 2015

Di mana mau berbulan madu?

Salam,



Hari ini terfikir mo bagi cadangan dan lokasi bulan madu. Bulan madu ini indak payah pun canggih-canggih sangat, yang penting kita cipta permulaan perkahwinan dengan kenangan yang indah dan pengalaman yang menarik. Jadi bila masa akan datang, boleh la duduk berdua-duaan di hujung usia sambil bernostalgia menyelam memori gitu. Heh.

OK.

Pertama, tentukan minat kamu. 

Suka adventure kah, budaya kah, shopping kah.
Saya dan suami memang mula-mula berjumpa sebab punya minat yang sama, iaitu travelling. Kami berdua memang jenis tidak kisah dan simple, yang penting kami dapat  menjelajah tempat yang baru, cuba makanan yang best-best, dan menyelami budaya tempatan.

Kedua, tentukan bajet. 

Mau yang mahalkah? Yang murahkah? Di tengah-tengahkah?
Di sini saya cadangkan guna website seperti www.agoda.com atau www.booking.com untuk cari hotel yang menepati bajet dan citarasa. Pastikan kamu tinguk juga review website, apa komplen tentang tempat tu dan apa kelebihan di tempat tu.

Ketiga, survey la kos perjalanan.

Jadi  kebiasaannya kita berbulan madu di tempat yang jauh sikit. Walaupun dalam negara kita pun, biasanya tempat yang jauh la, sampai boleh naik kapal terbang. Macam Langkawi ka, bagi orang Semenanjung pula, ada yang datang ke KK. Jadi, surveylah harga di website MAS, AirAsia dan Malindo. Mo dapatkan harga murah tu susah juga mo kasi tips, kebiasaannya cubalah booking lebih 60 hari sebelum terbang. Tapi kadang-kadang tu dekat-dekat dengan tarikh departure pun boleh dapat murah. Ikut nasib.

Keempat, tempoh bulan madu

Kalau tempoh pendek, bolehla berbelanja lebih sedikit. Tapi kalau mau lama-lama sikit, lebih baik pilih penginapan yang lebih mesra dengan poket ah. Bukan juga kamu lama-lama di hotel tu. Mesti banyak berjalan. Ataupun! Ataupun! Bahagi masa antara hotel yang best selama 3 hari dan selebihnya di hotel yang biasa saja.


 

Tempat yang paling saya suka kalau dalam Malaysia adalah Kuching.

Rainforest Music Festival 2012
Damai Beach




Semenggoh Wildlife Centre


Bagi saya Kuching best - makanan best, budaya best, lifestyle bersahaja, coffee best, wildlife best. Semualah.


Kalau luarnegara pula, saya memang cukup jatuh cinta dengan Bali. Sudah pergi 5 kali bah. Melampau kan.


Bali juga cukup cantik dengan budaya, seni tarian, kraftangan, pemandangan yang cantik, orang yang ramah, gunung, sawah padi, laut. Semua pun ada.


Untuk makluman, saya ini seorang yang sempoi bila travelling. Di Asia Tenggara, saya sudah pergi ke Cambodia, Vietnam, Thailand, Laos, Philippines dan Indonesia. Kalau mau jimat kos, naik jak bas atau ojek, dan tinggal di hotel2 murah backpackers. Selalunya kos hotel saya RM16-RM30 satu malam.

Sewaktu honeymoon kami, kami pergi ke Bali (Ubud dan Amed) selama 14 hari.
Di Ubud, kami tinggal di Villa Mandi. 

Villa Mandi

Villa Mandi


Belanja la lebih sikit, keke, dalam RM90 satu malam. Bilik yang disediakan sangat best, damai dan cantik, saya rasa memang berbaloi dengan harga tu, lebih dari berbaloi sebenarnya!
(Tips: Jangan ambil Vila yang sebelah sawah padi tu. Indak sesuai utk honeymoon sebab kurang bersih. Lebih sesuai utk mereka yang mau suasana kampung sebagai pengalaman baru).

Di Ubud kamu boleh pergi melawat Goa Gajah dan beberapa tempat lain lagi (saya suka betul Goa Gajah tu), dan bandar Ubud banyak kedai-kedai best jual baju cantik-cantik dan juga makanan organik. Peminat yoga pun boleh ambil kelas yoga sebab bandar ini memang terkenal sebagai pusat yoga. Ubud ini dikelilingi sawah padi yang sangat subur dan cantik mata memandang.

Goa Gajah


Di Amed pula, tempat ini agak terpencil dan sunyi. Tapi kami suka, malam-malam kami jalan kaki dari restaurant ke hotel kami, sambil tinguk-tinguk langit tanpa bersuluhkan lampu jalan. Cantik betul, boleh nampak bintang-bintang dilangit bagaikan Star Wars! Romantik ok, walaupun kami hanya berselipar jepun berdiri di tengah jalan yang gelap gelita, tapi bagi aku itulah antara pengalaman yang indah.

Di Amed, kami tinggal di Giri Geria Shanti Bungalows.
Vila ini kurang mewah berbanding dengan Vila Mandi, tapi layanan mereka top class! Minta jak air buah bila-bila masa.. FOC dorang datang hantar! Tempat ini juga tempat diving, jadi kalau mau ambil kelas diving.. tinggal jak di sini terus. Dorang ni sangat caring dan boleh rekomen restaurant best-best di sekitar Amed. Memang best pun apa yang dorang rekomen tu.

Di Amed, tempatnya cantik untuk snorkeling. Indak banyak aktiviti di sini, tapi juga ada tempat yoga dan kalau naik motor drive keliling kampung pun ok juga. Kalau indak silap, di sini kami bayar RM60 satu malam. Kalau indak silap laaa!!


Jadi jangan ingat bulan madu ini perlukan duit ribu-ribu ringgit aaa, keep it simple.
Semasa di Amed saya rasa bahagia betul, kami pergi diving, snorkeling... petang-petang saya pigi yoga dan suami pergi try photography.

Diving di Amed  bersama Encik Baraccuda

Akhir sekali, kalau tidak mahu keluar dari negeri Sabah.. apa salahnya berbulan madu di Sabah jak? Kami juga ada bercuti bersama keluarga suami di Kundasang, Papar dan Kota Belud selama 7 hari. Best. Insya Allah saya akan tuliskan tentang bercuti di Sabah pula.

Monday, January 5, 2015

Tip bergambar dengan smart phone

Nah! Baru jak terjumpa tips ni. Kalau saya tau dari awal... lamaaa sudah saya bikin!~

Jadi, walaupun penting untuk kita dapatkan photographer pada hari perkahwinan, tapi apa salahnya kan ada tambahan-tambahan lagi haha, lagi-lagi kalau mau buat outdoor shooting tu, boleh la jimat sikit kalau mau buat outdoor shooting sendiri-sendiri bikin di 2-3 lokasi.

Kalau mau buat untuk montage video perkahwinan pun siuk, kan.

Ok, klik di Youtube video tu ya, harap-harap ada yang mendapat inspirasi dari video ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...