Friday, June 20, 2014

Prosedur perkahwinan dengan bukan warganegara Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah

OK, kali ni saya mau share prosedur perkahwinan pertama antara orang Sabah (perempuan) dan bukan warganegara (lelaki). Prosedur ni sedikit rumit, jadi kalau kita tinggal berjauhan dan ada masa yang singkat saja untuk menguruskan hal-hal dokumen, lebih baik baca post ini dulu.

Masa saya di kaunter, ada beberapa masalah yang saya lihat dilalui oleh bakal pengantin  - antaranya warganegara asing mengambil dokumen salah daripada kedutaan dan juga tidak tahu step-step especially termasuk bahagian imigresen. Jadi memang pening. Salah seorang bakal pengantin dari Perancis (perempuan) macam mau menangis suda.. saya tengok bakal suami dia tidak rajin bertanya kepada pegawai dan si perempuan pula tidak fasih bahasa Melayu, kesian ooo. Dia pula (yang perempuan) ke sana ke sini mencari penyelesaian.

Sebelum saya teruskan, ini catitan pengalaman saya memohon kebenaran berkahwin. Saya dan bakal suami (pada masa itu) kedua-duanya bekerja di Vietnam dan hanya pulang ke Sabah untuk berkahwin. Jadi kalau bakal suami bukan warganegara bekerja di Malaysia mungkin ada kelainan sikit dalam proses permohonan itu.)

Anyway, ini step-step yang perlu dibuat.


Prosedur memohon kebenaran berkahwin (pertama kali) antara orang Sabah dan bukan warganegara Malaysia

Yang perlu buat awal-awal:
  • Bakal suami yang bukan Islam perlu memeluk Islam dan mendapat kad pengesahan beragama Islam
  • Daftar untuk kursus pra-perkahwinan di Mawaddah, Wisma MUIS (hanya wajib utk warganegara Malaysia, tidak wajib bagi bukan warganegara) - masa ni Mawaddah berkeras bilang wajib untuk bukan warganegara tapi di website JHEAINS tidak menyatakan wajib dan bila saya kahwin memang diluluskan. Kenapa bakal suami tidak pergi? Kerana kursus diadakan dalam bahasa Melayu dan saya tidak nampak apa sebabnya dia perlu berkursus 2 hari di dalam bahasa yang dia tidak faham. Kalau ada kursus di dalam Bahasa Inggeris memang saya suruh dia pergi (dengar-dengar di KL ada).
Nota: Kursus pra-perkahwinan diadakan selama 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad. Banyak ilmu yang berguna dan kebanyakan penceramah menyampaikan ilmu dengan banyak cerita yang lucu dan menarik. Makanan disediakan. Pakai baju kurung dan tudung. Booking awal-awal sebab kadang-kadang kursus itu penuh.. nanti terpaksa pergi ke tempat yang jauh pula untuk hadir ke kursus yang ada kekosongan. Rujuk jadual di sini --- > klik sini.
  • Bagi bukan warganegara, dapatkan surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan negara asal  
Nota: Masa ni kami surfing di website mencari cawangan kedutaan. Kami e-mail ke cawangan berkenaan untuk tanya kalau diorang boleh bagi surat ini. Alhamdulillah jawapan yang diberikan cepat dan pantas serta sangat membantu. Jadi kami tidak perlu ke KL untuk pergi ke kedutaan British. Juga di bangunan itu ada lawyer sebagai Suruhanjaya Sumpah jadi tidak perlu ke dua tiga tempat untuk mendapatkan tandatangan.


(
Office of the Honorary British Consul, Kota Kinabalu (Sabah) Tel: 088-253 333 Email:   peter.mole@pekah.com) <--- hanya untuk warga negara British sahaja







  




Langkah-langkah memohon kebenaran berkahwin:

Tips: Sila pakai pakaian semi-formal dan sopan ketika berurusan. 
Tips: Rajin-rajinlah banyak bertanya kepada pegawai.

1. Ambil borang permohonan di JHEAINS di Tingkat 4, Wisma MUIS  - ambil DUA utk bakal suami dan bakal isteri dan bayar RM5 seorang / RM10 dua orang


2. Pergi buat ujian HIV dan Thalassemia di hospital atau klinik dan dapatkan Laporan Kesihatan - bawa borang permohonan kahwin. Percuma bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pemegang passport. Kami buat di Klinik Luyang: hanya pada Isnin dan Selasa sahaja. Rabu di sebelah pagi sahaja. Lebih baik telefon untuk appointment (088-715 000). Parking lebih baik kamu parking di kawasan perumahan dan jalan kaki ke tempat ini. Nurse semua mesra.
 
3. Dapatkan tandatangan Ketua Kampung atau Majikan menyatakan kita masih bujang (hanya utk warganegara Malaysia) - oleh kerana saya tidak kerja di Malaysia, saya meminta tandatangan Ketua Kampung di dalam borang. Itu sahaja.

4. Dapatkan satu borang untuk sahkan passport bagi tujuan berkahwin di Tingkat 4, JHEAINS, Wisma MUIS. Kemudian pergi ke Imigresen di Jalan UMS untuk sahkan passport- ini part paling sakit kepala sebab prosedur tidak dinyatakan di mana-mana website atau diberitahu. Kena balik-balik tanya di kaunter. Mujur saya sekarang tulis di blog, kan? :D
Bawa gambar passport 2 keping dan isi borang untuk kedua-dua pasangan pengantin dan salinan IC dan salinan helaian di dalam passport. Kalau tidak sempat, ada tempat di bahagian bawah utk ambil gambar dan fotostat tapi kena beratur lama juga.
Boleh dapat surat dalam 3 hari.




5. Sahkan salinan IC di JPN - hanya dibuat di Jalan UMS, semasa saya mau kahwin tu tidak boleh dibuat di one stop center yang dekat MUIS tu). Salinan IC saksi tidak perlu disahkan (saya punya diterima dan selamat bernikah sudaaa). Prosedur cepat di bahagian ini.



6. Sahkan kad memeluk agama Islam di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma Muis.
Bawa salinan passport dan salinan kad memeluk agama Islam.

7. Sediakan salinan surat nikah ibu bapa bagi anak pertama (boleh disahkan di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma MUIS)


8. Sediakan salinan IC 2 orang saksi lelaki dan salinan IC wali.


9. Hadir ke kursus pra-perkahwinan dan dapatkan sijil kursus
Sijil kursus kadang-kadang diberi terus. Dalam kes saya, tidak diberikan pada hari yang sama dan diberikan kebenaran untuk menghantar sijil selepas pernikahan. Gunakan resit sebagai bukti kehadiran ke kursus.




10. Kepilkan semua dokumen ke borang permohonan kahwin dan hantar ke JHEAINS (lupa sudah pejabat mana satu, bahagian pendaftaran nikah barangkali di Tingkat 1 atau 2) , Wisma MUIS sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan. Nanti nombor telefon jurunikah akan diberikan dan kita yang call dia untuk tetapkan masa.





syukur... selamat sudah!




Rasanya itu sahaja yang diperlukan. Kalau ada yang terkurang minta maaf ya, kita kongsi pengalaman. Boleh beritahu saya kalau ada kesilapan maklumat. Akhir sekali, semoga dipermudahkan urusan dan saling bertolak ansur dengan pasangan. Jangan stress dan panik macam saya, ya heehee.





Rujukan:
JHEAINS:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu. 
No Telefon:
  • 088-217629 / 088-217259 / 088-224279
  • 088-217759 / 088-212964 / 088-222436
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...