Thursday, February 20, 2014

Sticker 2 sen, 3 sen dan 5 sen

Banyak benda aku mau DIY. Tapi perasan terer, jadi, mau 2 minggu wedding baru aku kelam kabut membuat benda sana sini. Jadinya, seorang B2B yang tidak tidur malam, ber eye bags, pemarah macam singa, dan panik tak tentu pasal.

Tapi, sudah aku temui caranya untuk menghasilkan sticker-sticker yang simple, menarik dan suits me setelah berjam-jam aku membaca, berpikir dan berpanik.

Macamana tu?

Bah, nanti aku kasitau. Sekarang pukul 3.30 pagi, ini orang kena tidur o.......

Tuesday, February 18, 2014

Memilih tempat kahwin di Kota Kinabalu - Part 2

Bersambung dari post aku sebelum ni di sini.

Jadi sudah disurvey di KK, ini review aku tentang beberapa lokasi.

Hyatt
Source: expedia.com

Hyatt
Pros

  • Orang bilang makanan sedap. Harga pun sangat reasonable kalau mau dibanding dengan status dia.
  • ProsServis dan layanan memang best!
  • Lokasi di tengah bandar KK, dan ada tempat parking sebab di hotel.
Cons
  • Banquet hall tu siling rendah dan dicover oleh hiasan siling berkain-kain yang lagi kasi nampak rendah tu siling. Rasa macam a bit suffocated.
  • Lokasi Banquet Hall di basement. Macam.. entah. Teringat sitcom IT Crowd - cerita pasal IT geeks yang kerja di basement yang sungguh depressing. Haha.
  • Karpet dan dinding pun macam dari zaman 80-an. Very dowdy (macam banyak sangat coraknya), nanti tenggelam pun aku sebagai pengantin. Sudahla pindik.
  • Tiada platform utk bersanding.


Promenade
Pros
  • Lokasi sesuai, hall pun nampak ok dan besar. 
  • Pakej best, tempat parking cukup.
Cons
  • Mahal (rasanya pakej paling murah RM68++/pax - 2013)
Tabung Haji KK
Source: http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/KompleksSabah.htm

Tabung Haji
Pros
  • Siling tinggi. Dewan dia macam terbahagi dua - separuh tu siling tinggi dan separuh lagi tu ada siling rendah. Tapi ok lah. Dan ada natural light.
  • Cukup parking.
  • Lokasi diketahui oleh penduduk KK tapi mungkin kalau kawan-kawan dari KL tu susah sikitlah. Tapi ada Waze, GPS dsb bah.
  • Guest  boleh tinggal di sini dgn harga yang sangat berpatutan.
Cons
  • Kena pakai caterer yang mereka lantik. Dengar-dengar agak mahal dan tidakla sedap sangat.
  • Masa aku lawat tu ada bau x best tapi aku anggap tu sementara saja.
  • Reception staff yang mesra tapi staff di bahagian sales tidak pandai respond. Actually aku mau booking sudah di sini tapi berkali-kali aku call dan email, skali jak dia return call dan itupun tidak dapat booking.
  • Mari aku mau sambung ni bebelan aku - pada Sept 2014 semua hotel yang aku tanya dorang bilang banyak booking utk 2014 (wedding aku March 2014) tapi di TH dorang bilang langsung tiada lagi booking bagi tahun 2014. Jadi aku boleh paham kenapa kalau staffnya begini. Sebenarnya aku sudah email dari June 2013 lagi tapi tiada jawapan. Bila aku pulang raya, aku terus pegi survey dan booking tapi SUSAH SANGAT. Jadi, disebabkan aku kesuntukan masa, mau pulang sudah ke Vietnam, aku terus booking tempat lain.
Ming Garden
Source: expedia.com
Note: I don't remember the carpet like that. There was a nice feel to the place!
Ming Garden
Pros
  • Cukup parking.
  • Banquet hall yang best - siling SANGAT tinggi dan deco quite light and modern. Jadi indaklah kau tenggelam di situ sebagai pengantin tiada yang mau tengok.
  • Lokasi di tengah KK tapi tidak semua orang tahu tempat ni.
  • Natural light dan ada view yang nice.
Cons
  • Pakej menarik, tak silap RM55nett/pax - 2013 tapi masih di luar bajet kami.
Source: habibasuites.blogspot.com

Habiba Suites
Pros
  • Tempat yang menarik di atas bukit. Ada pemandangan hijau dan juga ocean view. Rasa best jak di sini.
  • Majlis diadakan di luar, jadi ada feeling-feeling garden wedding la kunu.
  • Caterer disediakan. Harga ok, paling murah RM30/pax - 2013 dan disediakan kanopi untuk 10 table tak silap. bagus kamu check sama management.
  • Ruang parking disediakan - tidak besar tapi ok lah.
Cons
  • Kalau bersanding siang, panaslah kamu.
  • Ruang VIP di dalam bilik mesyuarat, jadi terpisah dari tetamu-tetamu lain.
  • Tiada ruang sesuai kalau hujan.
  • Apartment itu sendiri nampak tidak 100%, macam view dan lokasi tu memang best sangat tapi bila tengok bangunan tu macam ada something yang kureng. Tidak dapat mau cakap apa yang kurangnya tu.
  • Harga apartment masih agak mahal kalau guest mo stay, dalam RM280 tak silap.
  • Lokasi jauh dari tengah bandar dan tidak semua orang tahu tempat ni.
Note: Tempat ni pun aku suka tapi Encik Fiance tidak suka.

Wisma Wanita
Pros
  • Tempat parking luas.
  • Bangunan jauh sikit dari tengah bandar tapi kalau tau jalan tu dari jauh lagi sudah nampak Signage bangunan tu.
  • Hall luas dan muat 350 orang. (walaupun kami mau 500 tapi boleh la tu).
  • Siling tinggi dan perhiasan simple, modern and very light. Aku suka.
  • Natural lighting.
  • Senang berurusan dengan staff.
  • Harga sewa RM2000, Aku sebenarnya indak pasti bajet aku berapa (indakla terlalu tinggi) tapi yang penting berpatutan dengan kualiti lah. Jadi aku tengok harga yang ditawarkan memang sesuai dan aku puas hati.
Cons
  • Lokasi jauh skit dan tiada hotel  berdekatan especially utk guests aku yang bukan dari Sabah.
  • Proses bayaran tu kena ikut prosedur kerajaan. Kena buat bank draft dan pergi ke Menteri Kewangan utk buat bayaran. Leceh sikit especially bila ingat-ingat lupa prosedure ini.
Wisma KDCA
  • aku lupa sudah ni berapa sewa dia, lagi murah dari Wisma Wanita tapi banyak charge add-on. 
  • Lantai dia kureng sikit iaitu lantai badminton ada garis-garis court dan ada tangga yang meninggi ke atas sebab macam mo bagi penonton tengok. Aku rasa tidak berapa sesuai utk adakan majlis kahwin di sini unless tidak kisah dengan layout yang sedikit off tu.

Lain-lain lokasi yang dipangkah awal-awal:

  1. SESB - aku tak ingat apa mama aku cakap. Rasanya siling rendah dan tiada parking. Tapi konsep hiasan di dalam tu menarik sebab macam traditional.
  2. Sutra Harbour - saja jak taruk sini hahah! Harga mahal dan aku malas mo tanya pun, confirm berhutang piutang tu nanti. Bagus bikin sambung belajar kah, beli rumahkah, renovate rumah parents kah.
  3. Le Meridien - mahal juga. lupa sudah harga dia. Mungkin lebih sikit jak dari Promenade.
  4. Shangri-La Tanjung Aru - mahal walaupun memang best lah. Indak silap RM100++/pax - 2013. Kalau ada duit aku bikin di sini.. beach weddings memang aku punya dream wedding!

Ok, harap-harap info ni membantu semua brides membuat keputusan. Jadi aku tidak kondem mana-mana pihak, especially TH - mungkin kurang staff, sakit, tidak cukup resources dsb, atau memang bukan nasib aku la bah tu. Pilihan dan pendapat di sini berdasarkan pengalaman aku yang ciput menengokkan dewan kahwin dan mengambilkira kesesuaian utk guests dan citarasa family dan tunang.

Happy hunting!

Memilih tempat kahwin di Kota Kinabalu

As a bride, kita semua tahu kan ini lah yang paling penting (well, actually yang paling penting tu pasangan yang mau kahwin tu la.. hihi, and then lepastu makanan). Tapi you get the point la kan, sebab tempat ni la yang akan meng'set' mood majlis kita dan menentukan samada kita dan guests kita enjoy kemeriahan majlis.

Jadi, first of all, masa memikirkan tempat ni, mestilah ikut kemampuan dan keinginan kan. Kadang-kadang tu budget kurang, tapi kerana keinginan tu sangat kuat, jadi kita pejam mata jakla and booking jak tempat yang diidamkan. It's OK! Asalkan kita berpada-pada, jangan la pulak budget ciput tapi dibooking sana Sutra Harbour lepastu berhutang 10 tahun!

Antara pilihan yang paling jimat dan mudah adalah di rumah! Tiada pening-pening fikir transport, pelamin pun lebih murah kalau di rumah, dan mmg paling selesalah!

Tapi kami sekeluarga rasa tidak sesuai kami buat di rumah kerana:

  • tinggal di kawasan perumahan. Kalau diundang 500 orang, di mana mau parking? lepastu jalan tu tiada alternatif, kalau pasang khemah memang confirm kena sumpah seranah jiran semua. Indak best juga tu kan memulakan perjalanan hidup sambil disumpah orang..
  • kapasiti rumah mungkin tidak mampu menampung terlalu ramai orang
  • aku mau kasi rest mama aku dari menghias sebelum dan mengemas selepas majlis

Jadi, aku sudah survey beberapa tempat. Bajet aku di tengah-tengah lah, mau cakap mahal tu indaklah. Ini kriteria yang kami mahu..
  1. Tempat parking luas
  2. Mudah untuk guest cari lokasi
  3. Boleh menampung dalam 500 orang
  4. Bersiling tinggi
  5. Ada natural light sebab majlis dibuat waktu siang

Idaman aku - beach wedding. Tapi yang banyak kerusi sikitlahhh.

Source: http://www.floridasunweddings.com/



Introduction

Hi!

Assalamualaikum...

Tujuan aku buka blog ni sebab waktu aku buat preparation untuk perkahwinan di KK, information sangat terhad! Dan ada blog-blog B2B Sabahan yang lain sangat membantu, at least ada serba sedikit boleh aku usahakan, lagi-lagi sebab walaupun aku ni Sabahan, tapi majority of my life aku spend di tempat lain. Di KL, di Johor, dan sekarang aku bertapak di Vietnam.

Jadi, bila aku balik, bayangkanlah blur dan tidak tahu di mana mahu buat tempat kahwin, mana mo tengok baju, mana mo beli barang2 murah atau DIY, mana mo borong makanan atau hadiah utk doorgift. Mujur kazen aku caterer jadi hal itu instantly selesai. Dan adik aku sangaaaat membantu, walaupun jarak umur kami jauh, tapi dia banyak bagi idea dan support yang aku perlukan. (Thanks Ayin!)

Jadi, harap-harap blog ni boleh la membantu brides-to-be di luar sana, samada orang Sabah atau orang yang akan melangsungkan perkahwinan di KK ni.

Good luck with your preparations!

Gambar tidak kena mengena.
Lokasi: Kellie's Castle, Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...