Salam!
Saya baru jak pulang ke Malaysia hujung minggu ni. Happy bah. Tapi saya pigi KL saja, jumpa kawan-kawan. Lama betul bah indak pi KL, 2 tahun sudah. Nasib baik kawan-kawan saya pi wedding saya itu hari, kalau indak, indak la kami berjumpa selama 2 tahun. Hilang juga la rindu suasana orang Malaysia.
Saya berkerja di Vietnam sekarang sebagai guru bahasa inggeris. Sebab saya memang gila travelling, jadi saya berhenti kerja lama saya, ambil kursus jadi cikgu, lepastu ikut suami menjelajah dunia melalui kerjaya ini. Menjelajah dunia kunun, padahal sampai di Vietnam indak lagi kami pindah-pindah. Insya Allah kalau ada rejeki kami akan pindah tahun depan.. doakan ya murah rezeki dan mudah urusan kami.
Bah, melalut panjang pula. Kesian yang mau tips tapi terpaksa bah membaca dulu kerepekan aku ni. Sabar jakla aaaa.
OK mari mari kita tinguk siapa yang kenaaa... (macam indak lawak jak ni, indakpa)
Numbur satu - Pilih warna simple
Dalam post yang lepas, saya ada cakap kan saya pilih warna putih. Warna ini bukan saja anggun, tapi ada banyak lagi kegunaannya. Ia warna yang mudah disesuaikan dengan tema dan warna kulit.
Tudung
Sebab warna ini mudah dan memudahkan, senang cari tudung matching. Tudung putih pun banyak pilihan kan.. yang simple2 tu kamu beli seja tudung sekulah! Sewaktu di Tabung Haji saya pigi itu kursus kahwin kan, sana la sibuk mencari tudung di kedai-kedai tu. Ada yang mahal, ada yang murah, saya pun beli 2-3 jenis sebab indak tau mana satu yang sesuai. Ada yang 5 ringgit, ada yang 30 ringgit. Tapi akhirnya saya pakai yang adik saya beli, saya pun tidak ingat oo berapa dia beli tu.
Tapi kalau pilih warna lain susah bah sebab mau betul-betul matching warna tu susah. Kemudian pilihan terhad, jadi kalau mau ada kerawang ka, plain ka, batu-batu disko ka, susah pula mo cari atau terpaksa DIY kan. Bikin tambah kerja lagi, sudah la memang pening dan Bridezilla, terus bertukar jadi Gorgonzilla. Bikin takut la tu nanti.
Kasut
Ini tips paling saya suka. Sampai sekarang tersenyum-senyum lagi teringat kebijakan-bagai-sang-kancil diriku. Hehe. Kedai pelamin memang kasi sedia kasut, tapi kadang-kadang bidak, lepastu macam geli kan mo pakai kasut bekas orang.
Kalau mau beli kasut, kasut yang tajam di hujung sesuai untuk pengantin, dan kalau boleh pakai kasut penuh.. bukan sandal ka, kasut tali-tali ka. Baru nampak formal dan anggun. Kalau ada labuci lagi bagus tapi bila saya survey macam terlampau mahal. Saya punya budget masa tu RM30 jak.
Jadi ini la kasut yang akhirnya dibeli. Kamu tau harganya...??? RM17 sajaaa. Memang simple jak bah, tapi kita pakai pun sekali ja kan, bukan lagi pakai sangat selepastu. Saya beli di Centre Point. Sebab kan, kasut putih ni memang jarang orang beli, jadi dia selalu kena longgok bahagian promosi. Bah rajin-rajin lah kamu meround Centre Point lepas ni ah. Kalau rajin boleh juga tampal-tampal lace ka, tapi saya mmang indak kuasa mo DIY lagi.
Bunga telur
Saya beli di Sinsuran satu kotak RM20 ka. Adui indak ingat sudah, tapi yang saya ingat satu batang lebihkurang RM1.00. Mungkin juga RM0.80, hai itula bah berbulan suda kan baru mau update, sekarang indak ingat sudah.
Di kedai tu, banyak juga design.. disebabkan kami punya tema merah dan putih, saya mau cari yang merah tapi samada sudah habis, tidak cukup atau yang cukup tu designnya saya tidak suka. Tapi alhamdulillah, biasanya putih memang selalu ada bagi setiap design, jadi last-last saya beli yang putih dan ikat dengan reben merah. Habis cerita.
Numbur dua - Bilangan tetamu
Yang ini mungkin satu masalah juga bagi kebanyak orang. Disebabkan saya ini membesar banyak di Semenanjung, kerja pun di KL, jadi kebanyakan kenalan dari sebelah sana la. Mujur ada juga kawan-kawan dari zaman Yayasan Sabah (sekolah menengah) jadi ada juga la kawan Sabahan yang datang.
Sebenarnya ibubapa saya yang mencadangkan tetamu 500 orang, rasanya sebab mama saya mau majlis di mana orang datang dan meraikan bersama-sama sepanjang aturcara. Kiranya bukan datang, makan, dan pergi. Sebenarnya kapasiti dewan pun 350 orang saja tu, tapi kami sewa meja extra dan ada juga tetamu yang balik awal, jadi bolehla menampung kesemua tetamu.
Kalau ada yang mau buat konsep begini,kena berbincang lah dengan ibu bapa tentang hal ini. Tetamu kebiasaannya adalah kenalan ibubapa dan juga saudara mara, jadi disebabkan itu mesti berbincang dengan ibu bapa kerana mereka lebih tahu siapa dan berapa ramai yang perlu dijemput.
Numbur tiga - majlis satu kali saja
Bah, mesti kamu ingat kami ni sadis kan. Sudahla 500 orang jak tetamu, satu jak majlis lagi tuh! Tapi sebenarnya suami saya bukan orang Malaysia, jadi bilangan tetamu yang datang sebelah suami lebihkurang 15 orang. Terkejut juga saya ada kawan-kawan dia yang datang! Best bah.
Tapi disebabkan itu, memang tidak perlu kami adakan majlis dua kali. Majlis satu kali saja sangat-sangat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Jadi kalau dua-dua pihak bersetuju, lebih baik lah buat satu kali saja. Duit ini kan lebih bagus untuk pasangan suami isteri membina masa depan.
Numbur empat - hantaran
Haa, yang ini topik agak sensitip. Kerana ini kan adat budaya kita. Tapi, saya ini simple orangnya.. pendapat saya di sini tidak tertakluk kepada orang lain ya, hanya sekadar berkongsi pendapat. Ada kawan-kawan yang merasakan jatuh standard kalau tidak tetapkan hantaran yang tinggi. Ataupun sang suami nanti dapat isteri secara percuma, dia tidak perlu bersusah payah berkorban demi bersama wanita yang dicintainya.
Jadi di sini, ini hanya buah fikiran saya bagi menjawab isu wedding saya, saya tidak meletakkan wang ringgit atau puji-pujian sebagai harga diri saya. Sebab kita saja yang tahu betapa tinggi nilai kita, indak payah kita tunjuk sama orang lain kita ni nilai beribu ka, berratusribu ka. Gunakanlah akal kita menilai peribadi bakal suami, samada dia ini bertanggungjawab, berbudi bahasa dan jenis rajin atau tidak. Satu lagi, saya cukup risau kalau orang lain mencontohi kita. Contohnya, kalau saya letak hantaran saya RM16,000, nanti saudara mara atau kampung kita akan ikut trend yang kita letak tu. Tidak kira orang itu mampu atau tidak, jadi ini kan mencetus masalah pula sama orang lain, dan juga budaya banding membanding.
Akhir sekali, saya memang tidak minat dengan dulang-dulang hantaran. Orang selalu taruh beg la, iPad la, entah apa lagi di sana. Kalau minat, ngamlaitu. Tapi saya tidak mau, saya rasa buang duit saja. Bukan saya pakai tu nanti. Jadi saya pujuk-pujuk ibu dan bapa, akhirnya kami bersepakat tidak payah ada hantaran. Banyak juga hujah terpaksa saya berikan, bagi penjelasan secara berhemah dan juga buat kajian dari segi keagamaan.
Terpulang pada masing-masing ya, benda ini mengikut citarasa dan pendirian sendiri. Buatlah kajian dan rujuklah kepada amalan Rasul dan sahabat-sahabatnya.
OK itu sajalah yang saya kongsi pada kali ini. Jangan kamu terkejut pula bila kami spend duit tu di tempat-tempat lain (yang kamu rasa tidak perlu), sebab macam yang saya cakap tadi, ini kan terpulang pada citarasa, pendirian dan gaya hidup masing-masing. Yang penting kita gembira dan selesa dengan keputusan kita.
Semoga post ini membantu bakal-bakal membuat keputusan yang sesuai. Buang yang keruh, ambil yang jernih ya..
Sunday, November 2, 2014
Monday, September 29, 2014
Tips memilih tema warna agar kelihatan anggun
Hi y'all!
Sorry ya.. lama betul tidak update. Kadang-kadang ada mood mo update tapi tiada idea mo tulis apa. Kadang-kadang tu ada idea tapi teda mood mo update pula. Dan kemudian beberapa bulan yang lalu agak sibuk dengan pelajar mo examlah, kami pun pergi bercuti semasa cuti semester. Sekarang kena ikat perut sikit lah sebab mo bayar balik belanja holiday/balik kampung suami.
Hari ni saya mau share tips kelihatan anggun di pada hari perkahwinan. Tapi terpulang kepada pembaca la kan mau pakai ka tidak, sebab setiap orang ada citarasa tersendiri. Secara peribadi, saya rasa tips yang saya kongsikan ini berguna supaya bila kita tengok gambar kita pada usia tua pun kita masih rasa gambar tu cantik dan bergaya.
Katakunci untuk majlis dan kita sendiri kelihatan menarik dan anggun mudah saja...
KEEP IT SIMPLE.
Dari makeup, tema warna, bunga telur, hinggalah ke kad dan busana pengantin.
1. Makeup
Make up pengantin perlu kelihatan fresh, lembut dan natural. Saya rasa kalau mau pakai contact lens pun pakai yang nampak natural dan kalau boleh tidak terlalu pelik warnanya (contohnya biru). Dalam tahun 2008-2010 contact lens memang menjadi trend tapi saya rasa sekarang sudah berkurangan.
Makeup pun seharusnya jangan mengubah wajah kita secara mengejut. Sepatutnya makeup tu menaikkan seri dan mengekalkan wajah sebenar.
Di sini saya sertakan tips untuk makeup: Tips makeup
Dan di sini senarai make up artist di Kota Kinabalu yang saya minati: Make up artist di Kota Kinabalu
2. Baju pengantin
Warna
Kami pening juga masa mau pilih warna ni. Tapi setelah fikir punya fikir, saya pilih warna putih.
Kenapa? Sebab mudah dipadankan dengan apa-apa baik dari dewan, bunga telur, dan warna kulit. Lagipun putih ni warna yang klasik dan bersih, tak lapuk dimakan zaman orang bilang.
Kalau mau pilih warna lain, pilih warna yang lembut dan sebaiknya satu warna saja.
Kalau mau juga pilih dua warna, pilihlah warna yang dekat-dekat, contohnya biru muda dan biru tua.
Jangan padankan orange dan hijau.
Design
Satu lagi adalah design baju. Seeloknya pilih pakaian tradisional yang melambangkan budaya bangsa dengan gaya klasik, contohnya baju kurung, kebaya dan sewaktu dengannya. Baju jangan terlalu ketat atau jarang dan kalau boleh pilihlah kain yang lembut seperti lace.
Jangan pilih satin sebab terlalu berkilat kecuali untuk corset di dalam ataupun sebagai kain kurung (maksud saya di bahagian bawah). Kalau boleh jangan pilih gaun kecuali yang bukan beragama Islam dan berkahwin di church. Tentang pemilihan gaun di church tu pun, pilihlah gaya yang klasik juga bersesuaian dengan bentuk tubuh, dan jangan ikut sangat trend terkini.
Dan yang paling penting...!!! Jangannnn ambil yang berkilau-kilau macam lampu disko!
Pilih design yang simple dan sederhana - memang di kedai nampak macam dia tenggelam di celah-celah baju yang berlip lap bergermerlapan, tapi sebenarnya gaya anggun adalah satu gaya yang tidak boleh over-over bah.
3. Tema warna wedding
Yang ini pun pilihla dua warna sahaja. Saya pilih merah dan putih. Tema yang saya pilih garden wedding tapi sejujurnya saya betul-betul tidak cerewet dan berserah kepada kedai untuk pelamin dan sebagainya. Cuma saya sudah tunjuk di majalah yang mana satu saya suka jadi Alhamdulillah memang dia betul-betul buat macam yang saya tunjuk tu.
Saya rasa tema warna yang saya pilih (putih dan merah) memang betul-betul menjimatkan dan mudah disesuaikan. Di kedai pun beli saja bunga telur warna putih dan lepastu ikat dengan reben merah.
OK, itu sahaja tips untuk wedding yang anggun. Sebenarnya mudah saja - keep it simple dan kalau boleh rajin-rajinlah tengok majalah pengantin dan pilih stail yang simple tapi klasik. Yang penting kan, pengantin happy dan suka dengan stail yang dipilih.
Semoga dipermudahkan urusan ya pengantin-pengantin :)

Friday, June 20, 2014
Prosedur perkahwinan dengan bukan warganegara Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah
OK, kali ni saya mau share prosedur perkahwinan pertama antara orang Sabah (perempuan) dan bukan warganegara (lelaki). Prosedur ni sedikit rumit, jadi kalau kita tinggal berjauhan dan ada masa yang singkat saja untuk menguruskan hal-hal dokumen, lebih baik baca post ini dulu.
Masa saya di kaunter, ada beberapa masalah yang saya lihat dilalui oleh bakal pengantin - antaranya warganegara asing mengambil dokumen salah daripada kedutaan dan juga tidak tahu step-step especially termasuk bahagian imigresen. Jadi memang pening. Salah seorang bakal pengantin dari Perancis (perempuan) macam mau menangis suda.. saya tengok bakal suami dia tidak rajin bertanya kepada pegawai dan si perempuan pula tidak fasih bahasa Melayu, kesian ooo. Dia pula (yang perempuan) ke sana ke sini mencari penyelesaian.
Sebelum saya teruskan, ini catitan pengalaman saya memohon kebenaran berkahwin. Saya dan bakal suami (pada masa itu) kedua-duanya bekerja di Vietnam dan hanya pulang ke Sabah untuk berkahwin. Jadi kalau bakal suami bukan warganegara bekerja di Malaysia mungkin ada kelainan sikit dalam proses permohonan itu.)
Anyway, ini step-step yang perlu dibuat.
Prosedur memohon kebenaran berkahwin (pertama kali) antara orang Sabah dan bukan warganegara Malaysia
Yang perlu buat awal-awal:
(Office of the Honorary British Consul, Kota Kinabalu (Sabah) Tel: 088-253 333 Email: peter.mole@pekah.com) <--- hanya untuk warga negara British sahaja
Langkah-langkah memohon kebenaran berkahwin:
Tips: Sila pakai pakaian semi-formal dan sopan ketika berurusan.
Tips: Rajin-rajinlah banyak bertanya kepada pegawai.
1. Ambil borang permohonan di JHEAINS di Tingkat 4, Wisma MUIS - ambil DUA utk bakal suami dan bakal isteri dan bayar RM5 seorang / RM10 dua orang
2. Pergi buat ujian HIV dan Thalassemia di hospital atau klinik dan dapatkan Laporan Kesihatan - bawa borang permohonan kahwin. Percuma bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pemegang passport. Kami buat di Klinik Luyang: hanya pada Isnin dan Selasa sahaja. Rabu di sebelah pagi sahaja. Lebih baik telefon untuk appointment (088-715 000). Parking lebih baik kamu parking di kawasan perumahan dan jalan kaki ke tempat ini. Nurse semua mesra.
3. Dapatkan tandatangan Ketua Kampung atau Majikan menyatakan kita masih bujang (hanya utk warganegara Malaysia) - oleh kerana saya tidak kerja di Malaysia, saya meminta tandatangan Ketua Kampung di dalam borang. Itu sahaja.
4. Dapatkan satu borang untuk sahkan passport bagi tujuan berkahwin di Tingkat 4, JHEAINS, Wisma MUIS. Kemudian pergi ke Imigresen di Jalan UMS untuk sahkan passport- ini part paling sakit kepala sebab prosedur tidak dinyatakan di mana-mana website atau diberitahu. Kena balik-balik tanya di kaunter. Mujur saya sekarang tulis di blog, kan? :D
Bawa gambar passport 2 keping dan isi borang untuk kedua-dua pasangan pengantin dan salinan IC dan salinan helaian di dalam passport. Kalau tidak sempat, ada tempat di bahagian bawah utk ambil gambar dan fotostat tapi kena beratur lama juga.
Boleh dapat surat dalam 3 hari.
5. Sahkan salinan IC di JPN - hanya dibuat di Jalan UMS, semasa saya mau kahwin tu tidak boleh dibuat di one stop center yang dekat MUIS tu). Salinan IC saksi tidak perlu disahkan (saya punya diterima dan selamat bernikah sudaaa). Prosedur cepat di bahagian ini.
6. Sahkan kad memeluk agama Islam di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma Muis.
Bawa salinan passport dan salinan kad memeluk agama Islam.
7. Sediakan salinan surat nikah ibu bapa bagi anak pertama (boleh disahkan di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma MUIS)
8. Sediakan salinan IC 2 orang saksi lelaki dan salinan IC wali.
9. Hadir ke kursus pra-perkahwinan dan dapatkan sijil kursus
Sijil kursus kadang-kadang diberi terus. Dalam kes saya, tidak diberikan pada hari yang sama dan diberikan kebenaran untuk menghantar sijil selepas pernikahan. Gunakan resit sebagai bukti kehadiran ke kursus.
10. Kepilkan semua dokumen ke borang permohonan kahwin dan hantar ke JHEAINS (lupa sudah pejabat mana satu, bahagian pendaftaran nikah barangkali di Tingkat 1 atau 2) , Wisma MUIS sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan. Nanti nombor telefon jurunikah akan diberikan dan kita yang call dia untuk tetapkan masa.
Rasanya itu sahaja yang diperlukan. Kalau ada yang terkurang minta maaf ya, kita kongsi pengalaman. Boleh beritahu saya kalau ada kesilapan maklumat. Akhir sekali, semoga dipermudahkan urusan dan saling bertolak ansur dengan pasangan. Jangan stress dan panik macam saya, ya heehee.
Rujukan:
JHEAINS:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

- Bakal suami yang bukan Islam perlu memeluk Islam dan mendapat kad pengesahan beragama Islam
- Daftar untuk kursus pra-perkahwinan di Mawaddah, Wisma MUIS (hanya wajib utk warganegara Malaysia, tidak wajib bagi bukan warganegara) - masa ni Mawaddah berkeras bilang wajib untuk bukan warganegara tapi di website JHEAINS tidak menyatakan wajib dan bila saya kahwin memang diluluskan. Kenapa bakal suami tidak pergi? Kerana kursus diadakan dalam bahasa Melayu dan saya tidak nampak apa sebabnya dia perlu berkursus 2 hari di dalam bahasa yang dia tidak faham. Kalau ada kursus di dalam Bahasa Inggeris memang saya suruh dia pergi (dengar-dengar di KL ada).
- Bagi bukan warganegara, dapatkan surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan negara asal
(Office of the Honorary British Consul, Kota Kinabalu (Sabah) Tel: 088-253 333 Email: peter.mole@pekah.com) <--- hanya untuk warga negara British sahaja
Langkah-langkah memohon kebenaran berkahwin:
Tips: Sila pakai pakaian semi-formal dan sopan ketika berurusan.
Tips: Rajin-rajinlah banyak bertanya kepada pegawai.
1. Ambil borang permohonan di JHEAINS di Tingkat 4, Wisma MUIS - ambil DUA utk bakal suami dan bakal isteri dan bayar RM5 seorang / RM10 dua orang
2. Pergi buat ujian HIV dan Thalassemia di hospital atau klinik dan dapatkan Laporan Kesihatan - bawa borang permohonan kahwin. Percuma bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pemegang passport. Kami buat di Klinik Luyang: hanya pada Isnin dan Selasa sahaja. Rabu di sebelah pagi sahaja. Lebih baik telefon untuk appointment (088-715 000). Parking lebih baik kamu parking di kawasan perumahan dan jalan kaki ke tempat ini. Nurse semua mesra.
3. Dapatkan tandatangan Ketua Kampung atau Majikan menyatakan kita masih bujang (hanya utk warganegara Malaysia) - oleh kerana saya tidak kerja di Malaysia, saya meminta tandatangan Ketua Kampung di dalam borang. Itu sahaja.
4. Dapatkan satu borang untuk sahkan passport bagi tujuan berkahwin di Tingkat 4, JHEAINS, Wisma MUIS. Kemudian pergi ke Imigresen di Jalan UMS untuk sahkan passport- ini part paling sakit kepala sebab prosedur tidak dinyatakan di mana-mana website atau diberitahu. Kena balik-balik tanya di kaunter. Mujur saya sekarang tulis di blog, kan? :D
Bawa gambar passport 2 keping dan isi borang untuk kedua-dua pasangan pengantin dan salinan IC dan salinan helaian di dalam passport. Kalau tidak sempat, ada tempat di bahagian bawah utk ambil gambar dan fotostat tapi kena beratur lama juga.
Boleh dapat surat dalam 3 hari.
5. Sahkan salinan IC di JPN - hanya dibuat di Jalan UMS, semasa saya mau kahwin tu tidak boleh dibuat di one stop center yang dekat MUIS tu). Salinan IC saksi tidak perlu disahkan (saya punya diterima dan selamat bernikah sudaaa). Prosedur cepat di bahagian ini.
6. Sahkan kad memeluk agama Islam di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma Muis.
Bawa salinan passport dan salinan kad memeluk agama Islam.
7. Sediakan salinan surat nikah ibu bapa bagi anak pertama (boleh disahkan di Tingkat 2, JHEAINS, Wisma MUIS)
8. Sediakan salinan IC 2 orang saksi lelaki dan salinan IC wali.
9. Hadir ke kursus pra-perkahwinan dan dapatkan sijil kursus
Sijil kursus kadang-kadang diberi terus. Dalam kes saya, tidak diberikan pada hari yang sama dan diberikan kebenaran untuk menghantar sijil selepas pernikahan. Gunakan resit sebagai bukti kehadiran ke kursus.
10. Kepilkan semua dokumen ke borang permohonan kahwin dan hantar ke JHEAINS (lupa sudah pejabat mana satu, bahagian pendaftaran nikah barangkali di Tingkat 1 atau 2) , Wisma MUIS sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan. Nanti nombor telefon jurunikah akan diberikan dan kita yang call dia untuk tetapkan masa.
syukur... selamat sudah! |
Rasanya itu sahaja yang diperlukan. Kalau ada yang terkurang minta maaf ya, kita kongsi pengalaman. Boleh beritahu saya kalau ada kesilapan maklumat. Akhir sekali, semoga dipermudahkan urusan dan saling bertolak ansur dengan pasangan. Jangan stress dan panik macam saya, ya heehee.
Rujukan:
JHEAINS:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.
No Telefon:
- 088-217629 / 088-217259 / 088-224279
- 088-217759 / 088-212964 / 088-222436
Friday, May 9, 2014
Make Up Artist Kota Kinabalu
Sambungan dari entri aku tentang makeup sebelum ini..
Assalamualaikum...
lama sudah aku indak memblog. Bz bah, mo check Facebook lagi, kepoh tengok wall orang lagi, ketawa-ketawa tengok video lucu lagi.. macam-macam bah aktiviti aku. Haha.
OK, hari ni mo cakap pasal Makeup Artist yang aku suka di Kota Kinabalu. Berabis bah aku google tu hari, mintak pendapat kawan-kawan pasal aku bukan pandai sangat tengok mekap. Lain la kalau dari orang biasa jadi macam Lady Gaga, memang la aku indak mau.
So semasa aku mencari-cari makeup artist tu, ada beberapa nama yang balik-balik keluar.
1) Pertama, Jeffie Jeff.
Ni link dia: http://www.jeffiejeffofficial.blogspot.com/
Masa saya tengok tu, saya boleh nampak makeup tebal. Tapi boleh tahan natural la jugak, walaupun ada unsur dramatik dan hasilnya kadang-kadang sangat cantik dari wajah asal. Anyway, ada la juga berminat mau ambil dia. Tapi bila saya PM, harga nya pun di luar budget saya. Tapi dia ni famous dan ramai ambil dia. So kamu boleh ambilkira la Jeff ni, dia ada pakej-pakej lain lagi seperti penari dsb.
2) Kedua, nama orangnya Sheila. Sori ah tiba-tiba tak dapat jumpa pulak link dia. Dia ni pun antara top MUA di KK. Harganya pun luar budget saya juga.
3) Ketiga, saya minat MUA ni. Nama dia Lydia. Harga sangatttt affordable.
Link dia: https://www.facebook.com/pages/Lydia-make-up-Services/163914030288431
Hasil kerja simple, sweet, radiant dan gambar AFTER masih sangat iras dengan gambar BEFORE. Malangnya dia suda kena booking pada tarikh yang saya pilih.
4) Keempat, nama dia Xiao Wei. Harga sangat affordable dan ada freebie lagi.
Ni link dia: https://www.facebook.com/XIAOWEIMUA
Tapi saya macam rasa tidak 100% dengan stail make up dia.. yala bah masing-masing punya taste kan. Tapi so far saya nampak quite ok jugaklah.
Dan yang MUA yang saya pilih ada dua.
Ini pilihan sayaaaa....
5) CLAIRE TONY
Ni link dia: https://www.facebook.com/claireartwork99?fref=ts
Hasil dari rekomen dari seorang kawan rapat dan juga menilik-nilik gambar hasil kerjanya. Kemudian minta pendapat pelbagai pihak, iaitu kawan saya Sian Cze yang sangat cerewet dan adik saya Ayin yang juga minat hal-hal mekap ni.
First saya tunjuk gambar orang lain dulu..
Bah jangan terkejut dengan wajah sebenar saya aaaa! Tu muka Bridezilla yang stress (indak mau mengaku bah muka tu memang bidak kakakaka)
TADAAAAAA...
Dia tukang mekap saya masa Sanding. Sayangnya saya tidak booking dia masa Nikah atas sebab-sebab teknikal (nanti aku cerita), jadi ada orang lain sudah sambar dia bila saya buat keputusan mo ambil masa Nikah.
6) Dan akhirnya, setelah mencari dan mencari orang yang sesuai untuk makeup nikah saya, akhirnya saya pun memilih seorang lagi MUA. Nama dia GRACIE.
Ini link dia: https://www.facebook.com/pages/Gracie-Vanchole-Make-up-Studio/238377312982965
Stail dia juga simple and radiant. Harga dia dan Claire lebih kurang, dan boleh la masuk budget.
7) Dan akhirnya, saya mau recommend seorang lagi. Nama dia Charlotte Abby.
Ni link dia: https://www.facebook.com/abbymclee87?fref=ts
Stail dia sebiji macam Claire Tony (memang student Claire pun), jadi kalau Claire fully booked, boleh pegi merajuk sama Charlotte ya. Saya pun tak dapat mo booking Charlotte sebab waktu tu dia pun kahwin! Kasian pula bride mau mekap-mekap lagi bride lain haha!
OK, saya akhiri dengan gambar-gambar hasil contengan berseni dari MUA yang saya pilih. Dua-dua sangat professional, lembut, sweet, menenangkan dan pendekkata puas hati lah!

Lepas seharian, makeup masih tidak luntur (MUA Claire Tony) |
Sebelum Nikah (MUA Gracie) |
Hairstyle by Gracie |
Flowy hairstyle by Gracie |
Mintapuji photoshoot (MUA Gracie) |
Reception (MUA Claire Tony) |
Thursday, April 3, 2014
Memilih make up artist untuk hari perkahwinan
Assalamualaikum
Hari ni mo cakap pasal trick-trick memilih make up artist supaya nampak elegant dan bergaya di majlis perkahwinan kita.
Pertama, kita mesti tahu macamana penampilan kita pada hari istimewa itu. Ada yang mau dramatik, ada yang mau sexy, ada yang mau sweet, dan macam-macam lagi lah. Juga berapa budget kita.
Saya nampak trend brides ni kebanyakan mereka mahu kelihatan dramatik dan lain daripada yang lain. Terpulang kepada empunya badan, tapi bagi saya... ini adalah sebuah majlis yang dijalankan sekali seumur hidup, dan gambar-gambar ini akan ditatap sampai bila-bila. Jadi kita sepatutnya memilih make up yang paling sama dengan wajah kita yang sebenar.
Ini kerana bila kita tengok gambar tu semula, takkan la pula hubby kita seolah-olah berkahwin dengan orang lain, bukan? Jadi buat lah makeup dramatik untuk majlis yang lain.. contohnya Annual Dinner company, atau kalau kemaruk sangat buat jak photoshoot private dengan makeup dan posing macam2.. puas hati pun.
Kedua, kita boleh search makeup artist di Google atau Facebook, atau melalui cadangan kawan-kawan. Contoh keyword yang boleh digunakan ialah:
makeup artist, <tempat> / MUA, <tempat>/ makeup <tempat> / bridal makeup <tempat>/
contohnya kalau di Kota Kinabalu, boleh google keyword:
makeup artis Kota Kinabalu
MUA Kota Kinabalu
makeup Kota Kinabalu
bridal makeup Kota Kinabalu
Bila jumpa blog atau Facebook page jurusolek tu, boleh la kita busybody sikit menengok client-client dia. Jangan tertipu dengan gambar AFTER ya! Mesti tengok BEFORE dan juga AFTER. Antara tips yang boleh ditengok apabila menilai hasil kerja make up artist:
1. Wajah asli dan wajah selepas dimake up tidak berbeza ketara. Muka pengantin cuma kelihatan lebih segar.
2. Warna kulit muka selepas di makeup tidak berbeza dengan leher. Jangan pula ada yang muka putih leher hitam... kikiki. Sebolehnya warna kulit sama seperti sebelum di make up.
3. Makeup di mata tidak 'keras', jadi indak nampak pengantin garang. Boleh dilihat ketebalan eyeliner especially di bawah mata.. dan paling penting cara dia blending eyeshadow.
4. Bentuk kening.. jangan pula terlampau garang macam mak tiri!
5. Boleh tanya makeup brand apa yang dia gunakan. Jangan pula ada yang tiruan :(
6. Makeup tidak terlalu tebal sampai nampak macam satu inci di muka pengantin, ataupun nampak garis2 foundation terutama di bahagian mulut pengantin.
7. Setelah jumpa makeup artist yang rasa sesuai, pastikan tanya secara terperinci kos-kos yang terlibat! Juga mesti ada trial. Nah highlight lagi sebab memang penting.
Antara perkara yang perlu diketahui bila tanya makeup artist:

- Jenis makeup yang digunakan, berapa lama tahan
- Minta total package price - contoh: solekan + hair style + accessories/ pasang tudung dan trial
- Tanya kos makeup untuk extra person - kadang2 dapat free atau harga murah sikit untuk ibu atau pengapit / adik beradik
- Mesti termasuk kos pengangkutan ke rumah kita
- Kadang-kadang MUA akan bagi extra things contohnya facial, free trial, dsb.
- Berapa kos kalau stay back untuk fresh up make up tu.
Thursday, February 20, 2014
Sticker 2 sen, 3 sen dan 5 sen
Banyak benda aku mau DIY. Tapi perasan terer, jadi, mau 2 minggu wedding baru aku kelam kabut membuat benda sana sini. Jadinya, seorang B2B yang tidak tidur malam, ber eye bags, pemarah macam singa, dan panik tak tentu pasal.
Tapi, sudah aku temui caranya untuk menghasilkan sticker-sticker yang simple, menarik dan suits me setelah berjam-jam aku membaca, berpikir dan berpanik.
Macamana tu?
Bah, nanti aku kasitau. Sekarang pukul 3.30 pagi, ini orang kena tidur o.......

Tuesday, February 18, 2014
Memilih tempat kahwin di Kota Kinabalu - Part 2
Bersambung dari post aku sebelum ni di sini.
Jadi sudah disurvey di KK, ini review aku tentang beberapa lokasi.
Hyatt
Pros

Hyatt Source: expedia.com |
Hyatt
Pros
- Orang bilang makanan sedap. Harga pun sangat reasonable kalau mau dibanding dengan status dia.
- ProsServis dan layanan memang best!
- Lokasi di tengah bandar KK, dan ada tempat parking sebab di hotel.
Cons
- Banquet hall tu siling rendah dan dicover oleh hiasan siling berkain-kain yang lagi kasi nampak rendah tu siling. Rasa macam a bit suffocated.
- Lokasi Banquet Hall di basement. Macam.. entah. Teringat sitcom IT Crowd - cerita pasal IT geeks yang kerja di basement yang sungguh depressing. Haha.
- Karpet dan dinding pun macam dari zaman 80-an. Very dowdy (macam banyak sangat coraknya), nanti tenggelam pun aku sebagai pengantin. Sudahla pindik.
- Tiada platform utk bersanding.
Promenade
Pros
- Lokasi sesuai, hall pun nampak ok dan besar.
- Pakej best, tempat parking cukup.
Cons
- Mahal (rasanya pakej paling murah RM68++/pax - 2013)
Tabung Haji KK Source: http://haji.tabunghaji.gov.my/th/TH/KompleksSabah.htm |
Tabung Haji
Pros
- Siling tinggi. Dewan dia macam terbahagi dua - separuh tu siling tinggi dan separuh lagi tu ada siling rendah. Tapi ok lah. Dan ada natural light.
- Cukup parking.
- Lokasi diketahui oleh penduduk KK tapi mungkin kalau kawan-kawan dari KL tu susah sikitlah. Tapi ada Waze, GPS dsb bah.
- Guest boleh tinggal di sini dgn harga yang sangat berpatutan.
Cons
- Kena pakai caterer yang mereka lantik. Dengar-dengar agak mahal dan tidakla sedap sangat.
- Masa aku lawat tu ada bau x best tapi aku anggap tu sementara saja.
- Reception staff yang mesra tapi staff di bahagian sales tidak pandai respond. Actually aku mau booking sudah di sini tapi berkali-kali aku call dan email, skali jak dia return call dan itupun tidak dapat booking.
- Mari aku mau sambung ni bebelan aku - pada Sept 2014 semua hotel yang aku tanya dorang bilang banyak booking utk 2014 (wedding aku March 2014) tapi di TH dorang bilang langsung tiada lagi booking bagi tahun 2014. Jadi aku boleh paham kenapa kalau staffnya begini. Sebenarnya aku sudah email dari June 2013 lagi tapi tiada jawapan. Bila aku pulang raya, aku terus pegi survey dan booking tapi SUSAH SANGAT. Jadi, disebabkan aku kesuntukan masa, mau pulang sudah ke Vietnam, aku terus booking tempat lain.
Ming Garden Source: expedia.com Note: I don't remember the carpet like that. There was a nice feel to the place! |
Ming Garden
Pros
- Cukup parking.
- Banquet hall yang best - siling SANGAT tinggi dan deco quite light and modern. Jadi indaklah kau tenggelam di situ sebagai pengantin tiada yang mau tengok.
- Lokasi di tengah KK tapi tidak semua orang tahu tempat ni.
- Natural light dan ada view yang nice.
Cons
- Pakej menarik, tak silap RM55nett/pax - 2013 tapi masih di luar bajet kami.
Source: habibasuites.blogspot.com |
Habiba Suites
Pros
- Tempat yang menarik di atas bukit. Ada pemandangan hijau dan juga ocean view. Rasa best jak di sini.
- Majlis diadakan di luar, jadi ada feeling-feeling garden wedding la kunu.
- Caterer disediakan. Harga ok, paling murah RM30/pax - 2013 dan disediakan kanopi untuk 10 table tak silap. bagus kamu check sama management.
- Ruang parking disediakan - tidak besar tapi ok lah.
Cons
- Kalau bersanding siang, panaslah kamu.
- Ruang VIP di dalam bilik mesyuarat, jadi terpisah dari tetamu-tetamu lain.
- Tiada ruang sesuai kalau hujan.
- Apartment itu sendiri nampak tidak 100%, macam view dan lokasi tu memang best sangat tapi bila tengok bangunan tu macam ada something yang kureng. Tidak dapat mau cakap apa yang kurangnya tu.
- Harga apartment masih agak mahal kalau guest mo stay, dalam RM280 tak silap.
- Lokasi jauh dari tengah bandar dan tidak semua orang tahu tempat ni.
Note: Tempat ni pun aku suka tapi Encik Fiance tidak suka.
Wisma Wanita
Pros
- Tempat parking luas.
- Bangunan jauh sikit dari tengah bandar tapi kalau tau jalan tu dari jauh lagi sudah nampak Signage bangunan tu.
- Hall luas dan muat 350 orang. (walaupun kami mau 500 tapi boleh la tu).
- Siling tinggi dan perhiasan simple, modern and very light. Aku suka.
- Natural lighting.
- Senang berurusan dengan staff.
- Harga sewa RM2000, Aku sebenarnya indak pasti bajet aku berapa (indakla terlalu tinggi) tapi yang penting berpatutan dengan kualiti lah. Jadi aku tengok harga yang ditawarkan memang sesuai dan aku puas hati.
Cons
- Lokasi jauh skit dan tiada hotel berdekatan especially utk guests aku yang bukan dari Sabah.
- Proses bayaran tu kena ikut prosedur kerajaan. Kena buat bank draft dan pergi ke Menteri Kewangan utk buat bayaran. Leceh sikit especially bila ingat-ingat lupa prosedure ini.
Wisma KDCA
- aku lupa sudah ni berapa sewa dia, lagi murah dari Wisma Wanita tapi banyak charge add-on.
- Lantai dia kureng sikit iaitu lantai badminton ada garis-garis court dan ada tangga yang meninggi ke atas sebab macam mo bagi penonton tengok. Aku rasa tidak berapa sesuai utk adakan majlis kahwin di sini unless tidak kisah dengan layout yang sedikit off tu.
Lain-lain lokasi yang dipangkah awal-awal:
- SESB - aku tak ingat apa mama aku cakap. Rasanya siling rendah dan tiada parking. Tapi konsep hiasan di dalam tu menarik sebab macam traditional.
- Sutra Harbour - saja jak taruk sini hahah! Harga mahal dan aku malas mo tanya pun, confirm berhutang piutang tu nanti. Bagus bikin sambung belajar kah, beli rumahkah, renovate rumah parents kah.
- Le Meridien - mahal juga. lupa sudah harga dia. Mungkin lebih sikit jak dari Promenade.
- Shangri-La Tanjung Aru - mahal walaupun memang best lah. Indak silap RM100++/pax - 2013. Kalau ada duit aku bikin di sini.. beach weddings memang aku punya dream wedding!
Ok, harap-harap info ni membantu semua brides membuat keputusan. Jadi aku tidak kondem mana-mana pihak, especially TH - mungkin kurang staff, sakit, tidak cukup resources dsb, atau memang bukan nasib aku la bah tu. Pilihan dan pendapat di sini berdasarkan pengalaman aku yang ciput menengokkan dewan kahwin dan mengambilkira kesesuaian utk guests dan citarasa family dan tunang.
Happy hunting!
Labels:
Dewan Perkahwinan,
Kota Kinabalu,
Wedding Venues,
Weddings
Memilih tempat kahwin di Kota Kinabalu
As a bride, kita semua tahu kan ini lah yang paling penting (well, actually yang paling penting tu pasangan yang mau kahwin tu la.. hihi, and then lepastu makanan). Tapi you get the point la kan, sebab tempat ni la yang akan meng'set' mood majlis kita dan menentukan samada kita dan guests kita enjoy kemeriahan majlis.
Jadi, first of all, masa memikirkan tempat ni, mestilah ikut kemampuan dan keinginan kan. Kadang-kadang tu budget kurang, tapi kerana keinginan tu sangat kuat, jadi kita pejam mata jakla and booking jak tempat yang diidamkan. It's OK! Asalkan kita berpada-pada, jangan la pulak budget ciput tapi dibooking sana Sutra Harbour lepastu berhutang 10 tahun!
Antara pilihan yang paling jimat dan mudah adalah di rumah! Tiada pening-pening fikir transport, pelamin pun lebih murah kalau di rumah, dan mmg paling selesalah!
Tapi kami sekeluarga rasa tidak sesuai kami buat di rumah kerana:

- tinggal di kawasan perumahan. Kalau diundang 500 orang, di mana mau parking? lepastu jalan tu tiada alternatif, kalau pasang khemah memang confirm kena sumpah seranah jiran semua. Indak best juga tu kan memulakan perjalanan hidup sambil disumpah orang..
- kapasiti rumah mungkin tidak mampu menampung terlalu ramai orang
- aku mau kasi rest mama aku dari menghias sebelum dan mengemas selepas majlis
Jadi, aku sudah survey beberapa tempat. Bajet aku di tengah-tengah lah, mau cakap mahal tu indaklah. Ini kriteria yang kami mahu..
- Tempat parking luas
- Mudah untuk guest cari lokasi
- Boleh menampung dalam 500 orang
- Bersiling tinggi
- Ada natural light sebab majlis dibuat waktu siang
Idaman aku - beach wedding. Tapi yang banyak kerusi sikitlahhh. Source: http://www.floridasunweddings.com/ |
Labels:
Dewan Perkahwinan,
Kota Kinabalu,
Wedding Venues,
Weddings
Introduction
Hi!
Assalamualaikum...
Tujuan aku buka blog ni sebab waktu aku buat preparation untuk perkahwinan di KK, information sangat terhad! Dan ada blog-blog B2B Sabahan yang lain sangat membantu, at least ada serba sedikit boleh aku usahakan, lagi-lagi sebab walaupun aku ni Sabahan, tapi majority of my life aku spend di tempat lain. Di KL, di Johor, dan sekarang aku bertapak di Vietnam.
Jadi, bila aku balik, bayangkanlah blur dan tidak tahu di mana mahu buat tempat kahwin, mana mo tengok baju, mana mo beli barang2 murah atau DIY, mana mo borong makanan atau hadiah utk doorgift. Mujur kazen aku caterer jadi hal itu instantly selesai. Dan adik aku sangaaaat membantu, walaupun jarak umur kami jauh, tapi dia banyak bagi idea dan support yang aku perlukan. (Thanks Ayin!)
Jadi, harap-harap blog ni boleh la membantu brides-to-be di luar sana, samada orang Sabah atau orang yang akan melangsungkan perkahwinan di KK ni.
Good luck with your preparations!

Gambar tidak kena mengena.
Lokasi: Kellie's Castle, Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)